suria

Kodi Rasheed hormat permintaan isteri, tak kongsi foto keluarga

Kodi tidak mahu terlalu bercakap tentang kisah rumah tangga.

PELAKON Kodi Rasheed lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi gambar keluarga di sosial media.

Bukan hanya menghormati permintaan isteri, malah Kodi atau Mohd Zhazmeer Mohd Rashid, 33, berkata dia tidak mahu keluarganya itu menjadi sasaran netizen.

"Isteri saya bukan orang dalam industri, jadi katanya lebih baik turunkan semua gambar dia dia sosial media.

kodi 2

Kodi selesa hanya berkongsi kisah kerjaya di sosial media.

"Saya pula tidak mahu dia orang akan serang dia jika berlaku apa-apa. Saya memang tidak pernah tunjuk gambar isteri sekarang ini.

"Kalau ada yang bertanya tentang rumah tangga pun saya hanya bercerita secara dasar sahaja. Kisah kami bukannya menarik untuk dikongsi," katanya kepada mStar.

Kodi ditemui ketika majlis pelancaran trailer filem terbaharu lakonannya berjudul Limbungan: Tragedi Hitam 1975 yang berlangsung di Bandar Baru Bangi, Selangor pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ganti pelakon lain tapi stesen TV dipersalahkan, Kodi Rasheed terkejut punca sebenar produksi gugur namanya

ARTIKEL BERKAITAN: Dipinggirkan sebab tak handsome, Kodi Rasheed hanya mampu berlapang dada

Tambah pelakon ini dia tidak pernah ambil pusing tanggapan mana-mana pihak yang mungkin membuat spekulasi mengenai rumah tangganya.

Dalam masa sama, stigma hilang populariti selepas berkahwin juga bukan alasan untuk dia menjaga kisah perkahwinan.

"Saya tak pernah fikir pun tentang hilang populariti selepas berkahwin.

Saya memang tidak pernah tunjuk gambar isteri sekarang ini

KODI RASHEED

PELAKON

"Jika ada yang mahu fikir bukan-bukan pun saya tidak kisah. Ia bukan satu isu besar. Tiada masalah orang kenal saya sama ada sudah berkahwin atau tidak," ujarnya.

Untuk rekod, Kodi mendirikan rumah tangga dengan Nor Fatihah Mahad pada 31 Ogos 2015 dan hasil telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Adinda Qaisara, 7, serta Sultan, 5 tahun.

Sementara itu bercakap tentang pengalaman berlakon dalam filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975 arahan Fazli Yasin itu, Kodi menyifatkan ia sebagai pengalaman baharu kerana menjalani penggambaran sepenuhnya di dalam studio yang direka khas.

kodi 3

Kodi membawa watak Ramli dalam filem Limbungan: Tragedi Hitam 1975.

"Awal masuk set penggambaran ada timbul rasa risau kerana ia tidak seperti filem-filem yang pernah saya terlibat sebelum ini.

"Namun pengarah telah buktikan dia boleh melakukannya. Dia ada visi tersendiri dan boleh buat semua kerja termasuk sebagai penata gaya pelakon," jelasnya.

Selain Kodi, pelakon lain yang turut terlibat adalah Amerul Affendi, Cat Farish, Chacha Maembong dan Nor Albaniah.

Filem tersebut bakal diitayangkan pada 6 Februari tahun depan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain