TERLIBAT sama dalam drama Lara Kasih, pelakon Chacha Maembong memberitahu karakter dibawakan oleh Jay Iswazir tidak menggambarkan peribadi sebenar aktor berkenaan. Kata Chacha atau Siti Aisyah Rohani Ismail, 28, rakan gandingannya itu cukup profesional menjayakan watak Borhan iaitu seorang lelaki panas baran dan bersikap kasar. "Saya selesa berlakon bersamanya. Dia tahu menghormati orang, tahu menjaga batas. Setap kali ada babak saya kena serang dia akan minta izin dahulu. Chacha anggap Jay profesional dalam lakonan. "Di lokasi pun kami jarang duduk bersama. Apabila waktu rehat dia akan duduk sendirian. Cuma ada sesekali akan berbual bersama," katanya. Chacha berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran trailer filem terbaharu lakonannya berjudul Limbungan: Tragedi Hitam 1975 yang berlangsung di Bandar Baru Bangi pada Selasa. Chacha berkongsi mengenai perkara itu selepas diminta mengulas dakwaan kononnya Jay melakukan keganasan rumah tangga terhadap bekas isterinya iaitu Azzahra Ahmad. ARTIKEL BERKAITAN: Dituduh fitnah bekas suami isu keganasan rumah tangga, Azzahra Ahmad buat ‘cover report’ ARTIKEL BERKAITAN: Azzahra dedah tanggung derita jadi isteri Jay Iswazir, diminta gugur kandungan alasan tak mampu Sebelum ini menerusi satu hantaran yang dibuat di sosial media, Azzahra seakan bersetuju menggambarkan sikap 'Borhan' sama seperti Jay ketika di rumah. Bercakap tentang pendedahan yang dibuat oleh Azzahra itu, Chaca enggan berpihak kepada mana-mana antara mereka kerana tidak mengetahui apa yang pernah berlaku. "Saya tak berani nak cakap babak yang dilakonkan itu sama seperti Jay atau tidak. Saya tidak tahu tentang kehidupan peribadi dia. Saya juga sudah lama tidak mengikuti cerita gosip. Azzahra (kiri) mendakwa pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga. "Kedua-dua mereka adalah kawan saya. Saya sudah lama kenal Azzahra sebab pernah berlakon sama. Namun kami sudah lama tidak berhubung," ujarnya. Kisah Azzahra sebelum ini menjadi perhatian ramai selepas dia mendedahkan pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga ketika bergelar isteri kepada Jay. Malah dia juga mendakwa bekas suaminya itu meminta untuk menggugurkan kandungan anak pertama mereka. Untuk rekod, Azzahra dan Jay mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun mereka bercerai pada 28 Oktober lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!