SATU per satu ujian terpaksa dihadapi The Gadys dalam perjalan kerjaya muzik mereka namun perkara itu tidak mematahkan semangat kumpulan itu untuk terus berkarya. Mengimbau semula detik pahit penggunduran dua bekas ahlinya iaitu Nelissa Nizam dan Faa Zaini, anggotanya Aznie Azmi menyifatkan momen tersebut sebagai perkara paling menyedihkan. Jelasnya, dia sukar menerima kenyataan pada awalnya memandangkan kerjaya yang dibina sebelum ini sudah pun berada di tahap selesa. The Gadys berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Khamis. "Momen paling sedih adalah ketika pertukaran ahli kerana kami sudah cipta hubungan yang rapat sesama anggota. "Tercetusnya The Gadys pun kerana persahabatan kami pada awalnya. Saya tak kisah tentang kecaman, itu lumrah. "Bila Thamiera masuk, saya susah nak terima. Bukan sebab dia tetapi tak boleh terima kenyataan yang kami terpaksa mula semula dari awal," katanya kepada mStar. Aznie berkongsi perkara itu pada sidang media pelancaran lagu terbaharu mereka berjudul Bullseye yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: “Kami bukan penyanyi profesional” - The Gadys sedih baca komen netizen, bakal masuk kelas vokal ARTIKEL BERKAITAN: 2 anggota The Gadys undur diri, anak saudara Stacy jadi pengganti Selain Aznie, The Gadys turut dianggotai oleh Thamiera Chan dan Ayuni Rizal. Tiada dendam, Aznie memaklumkan masih mengekalkan hubungan baik bersama bekas anggota malah mereka saling menyokong kerjaya seni masing-masing. "Hubungan kami masih baik sehingga kini dan selalu saja berhubungan. Malah Nelissa pun ada datang sokong kami ketika buat persembahan di beberapa acara," kongsinya. Enggan perkara sama berulang kembali, Ayunie memberitahu insiden terdahulu membuka mata mereka untuk lebih menghargai hubungan persahatan sesama anggota kumpulan. Saya tak boleh terima kenyataan yang kami terpaksa mula semula dari awal. AZNIE AZMI ANGGOTA THE GADYS Tambahnya, mereka mengambil insiden yang berlaku sebelum ini sebagai pengajaran untuk memeperbaiki kekurangan diri masing-masing. "Sekarang kami banyak bercakap dari hati-hati dan suarakan pendapat sekiranya timbul konflik. Sebelum ini kami terlepas pandang perkara itu. "Malah setiap kali buat persembahan kita pasti akan buat post mortem dan menilai semula apa kekurangan dan kelebihan. "Harapnya tiada lagi drama perpecahan. Kami memang nak teruskan The Gadys secara bertiga sejauh mana yang kami mampu," jelasnya. The Gadys tampil dengan single terbaharu berjudul Bullseye. Dalam perkembangan lain, The Gadys tampil dengan single terbaharu berjudul Bullseye yang menyerlahkan sisi berani dan segar kumpulan itu. Mengetengahkan genre pop dengan melodi yang unik, lagu tersebut mengambarkan perjalanan karier kumpualan itu yang tidak pernah berputus asa menacapai sasaran. Peminat boleh mendengarkan lagu Bullseye di semua platform penstriman muzik digital manakala muzik video pula ditayangkan di laman YouTube rasmi The Gadys sejak 15 November lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube