suria

Scha Alyahya tiada kata ungkap kehilangan, kenang kebaikan dan gelak ketawa arwah ibu 

Scha menyifatkan ibunya sebagai insan yang mengajarkannya erti kehidupan.

TIADA ungkapan mampu mengambarkan kesedihan dirasakan pelakon Scha Alyahya sejak pemergian ibunya iaitu Allahyarham Junainah Hasim pada 7 Disember lalu.

Mengimbau pengorbanan ibu tercinta, Scha atau Sharifah Nor Azean Mahadzir, 41, menyifatkan Allahyarham sebagai insan mengajarnya erti kehidupan.

"Tiada kata mampu menggambarkan kehilangan ini, tapi saya nak ambil peluang ini untuk mengenang seorang wanita luar biasa yang telah memberikan Scha kehidupan, kasih sayang dan erti kekuatan.

Copy of Untitled - 2024-12-13T145147.226

Scha berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Kepada mama tersayang, mama adalah cahaya penunjuk jalan, orang paling percaya dan penyokong setia serta sahabat baik saya.

"Saya akan bawa cinta, kebaikan dan gelak ketawa mama dalam hati saya sampai bila-bila," katanya.

Scha berkongsi perkara itu dengan memuat naik beberapa keeping foto Allahyarham menerusi hantaran di Instagram pada Jumaat.

Dalam pada itu, Scha turut meluahkan penghargaan atas setiap doa dan kata-kata semangat orang ramai buat dirinya saat berdepan kehilangan.

ARTIKEL BERKAITAN: Scha Alyahya terpaksa tarik diri jadi hos FFM33 malam ini

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu Scha Alyahya meninggal dunia

"Terima kasih kepada semua yang telah mengirimkan kata-kata semangat dan doa diwaktu yang cukup mencabar ini.

"Semangat yang diberikan mengingatkan Scha tentang kekuatan yang Allahyarhamah Junainah Hashim ada, sehingga nafas terakhirnya," jelasnya.

Junainah meninggal dunia di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada pukul 9.40 pagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain