EMPAT bulan selepas pemergian, kakak sulung penyanyi Nidza Afham lega dapat melaksanakan badal umrah buat Allahyarham adiknya di Makkah. Nur Irfahanie Mokhtar berkata, walaupun adik kesayangannya sudah tiada namun banyak kenangan mereka bersama dan akan sentiasa menghargainya. Pemergian Nidza juga kata Irfahanie adalah peringatan untuk lebih menghargai insan tersayang dalam hidupnya. Perkongsian Irfha mengenai Allahyarham adiknya. "Awal 2024 bawa Afham melancong ke luar negara buat pertama kalinya. Akhir 2024, badal umrah untuknya. "Banyak yang berlaku dalam setahun... Hargai semua yang ada disekeliling kita. Syukur, reda, ikhlas, buat baik dengan sesama makhluk. "Moga Allah menerima amal ibadat kami. Allahumma amin," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kakak jumpa nota rancang mahu berkahwin, bapa dapat firasat tentang Nidza Afham selepas laung azan ARTIKEL BERKAITAN: Kematian Nidza Afham jadi bahan gurauan, keluarga kecewa sikap tak sensitif segelintir pihak Irfahanie berkongsi perkara itu menerusi laman X miliknya pada Jumaat yang turut memaparkan foto Allahyarham di hadapan Kaabah. Dalam hantaran lain, Irfa turut meluahkan rasa rindu terhadap Nidaza selain berharap dapat bertemunya suatu hari nanti. "Rindu sangat dekat awak Am (panggilan Nidza), moga Allah izin kita jumpa lagi nanti," luahnya. Ogos lalu, kehilangan Nidza menjadi perhatian ramai selepas dia dipercayai keluar rumah untuk pergi beriadah. Jenazah Allahyarham ketika ditemui di pinggir sungai. Tidak sampai 24 jam pencarian dilakukan, mayat Allahyarham ditemukan satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang iaitu di sekitar jambatan Sungai Klang. Kematian Nidza kemudianya diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Nidza yang berusia 23 tahun juga merupakan seorang penyanyi dan pernah tampil dalam sebuah program realiti bersama adik perempuannya iaitu Aufahanie. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!