SEORANG selebriti lelaki ditahan di rumahnya di Cyberjaya pada petang Sabtu bersama dua paket disyaki dadah jenis ganja. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman yang memberitahu serbuan dibuat sekitar pukul 3.10 petang. Hasil ujian saringan air kencing juga mendapat suspek yang berusia lingkungan 41 tahun itu positif dadah. ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi wanita Kelantan positif dadah, bakal direman bersama 5 rakan bantu siasatan penemuan 6,000 pil kuda ARTIKEL BERKAITAN: Suami Zahnita positif dadah, bakal didakwa pagi Khamis atas pertuduhan mendatangkan kecederaan "Hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol," ujarnya. Polis turut menemukan dua paket lutsinar yang setiap satunya mengandungi leraian disyaki daun ganja anggaran berat keseluruhan 60.3 gram. Suspek tiada rekod lampau dan kes disiasat di bawah Sekayen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan suspek boleh dihukum penjara seumur hidup atau tidak kurang daripada lima tahun dan dikenakan tidak kurang 10 sebatan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!