IMPIAN anggota K-Clique iaitu Noki mahu menamatkan zaman bujang sebelum usia 30 tahun nampaknya tidak tercapai memandangkan dia masih belum menemui calon isteri sesuai. Enggan bersikap tangkap muat dalam memilih pasangan, Noki atau nama sebenarnya Ahmad Ikhwan Aji, 30, mengakui dirinya sedikit memilih kerana mahu mencari wanita yang terbaik untuk dijadikan suri hidupnya. “Awalnya saya letak target sebelum usia 25 tahun kerana sunnah Nabi tetapi tak tercapai. Kemudian letak target umur 30 tahun, tak sangka cepat pula tempoh lima tahun itu berlalu, tahu-tahu dah hujung tahun. Noki berkongsi perkara itu ketika ditemui di tayangan terakhir drama Sebelum Titik Noktah. “Saya masih belum berjumpa (calon isteri). Mungkin boleh dikatakan saya agak memilih juga sebab nak cari peneman hidup sampai akhir hayat tentu yang terbaik. “Ia bukan senang, kena ambil masa. Saya pun tidaklah terburu-buru sangat. Yang penting kena memuaskan hati ibu saya,” katanya kepada mStar. Noki berkongsi perkara itu ketika menghadiri tayangan akhir drama bersiri Sebelum Titik Noktah yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur pada malam Khamis Mengakui dirinya sering didekati ramai gadis, Noki bagaimanapun memberitahu rata-rata mereka tidak menepati ciri-ciri wanita idamannya. ARTIKEL BERKAITAN: Noki K-Clique nak cari sumber rezeki halal, cuba elak babak sentuh wanita ARTIKEL BERKAITAN: [V] Bawa haluan masing-masing, Ezzanie Jasny sudah putus hubungan dengan Noki Kata Noki, dia tertarik dengan gadis yang berpewatakan tegas serta tidak mudah tunduk mahupun termakan dengan pujukan lelaki. “Sejujurnya, ramai perempuan yang berani datang mendekati dan majoritinya secara terbuka memuji saya. Ada yang sampai tawarkan diri mahu jadi kekasih. “Tetapi sebagai lelaki, saya tak suka perempuan begitu. Saya nak wanita yang susah ‘dapat’. Lain orang, lain cita rasanya. “Saya suka wanita karakter begitu, berbanding wanita senang ditundukkan atau dipujuk. Kalau boleh saya kena berkerja keras untuk dapatkan dia,” jelasnya. Saya nak wanita yang susah ‘dapat’. Lain orang, lain cita rasanya. NOKI PENYANYI/PELAKON Sementara itu, Noki mengakui dia juga ada keinginan untuk berkahwin lebih-lebih lagi melihat rakan-rakan bahagia bersama pasangan masing-masing. Namun begitu, dia tidak mahu terburu-buru memandangkan fokusnya kini adalah untuk mengembangkan kerjaya lakonan. “Tipulah kalau saya kata, saya tidak mahu kahwin bila tengok rakan-rakan bahagia dengan dengan pasangan mereka. Kadang-kadang saya ada juga tertanya bila agaknya giliran saya. “Mungkin kerana keadaan saya yang agak sibuk sepanjang tahun ini jadi saya tak fikirkan sangat tentang perancangan untuk berkahwin. Tambahan pula tengah ada momentum dalam lakonan. Saya fokus yang itu dulu,” ujarnya. Fokusnya kini mahu mengembangkan kerjaya lakonan. Dalam perkembangan lain, Noki kini membintangi drama bergenre fiksyen dan thriler iaitu Sebelum Titik Noktah yang ditayangkan sejak 11 November lalu. Menerima reaksi positif sepanjang siarannya, episod terakhir drama tersebut bakal menemui peminat pada 16 Disember depan menerusi Saluran 120 di Unifi TV. Selain Noki, drama terbabit turut dibintangi Aiman Hakim Ridza, Puteri Balqis, Danny X-Factor, Shabby, Mathni Razak dan Alif Muhaimin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!