PELAKON Eyra Hazali memohon netizen menjaga percakapan dan tidak mendoakan keburukan terhadap suaminya yang juga merupakan penjaga gol pasukan bola sepak Harimau Malaya iaitu Haziq Nadzli. Kata Eyra atau Hazira Qasdina Hazali, 25, dia dapat menerima segala kecaman yang dilemparkan namun menyifatkan tindakan mendoakan suaminya lumpuh adalah melampau. "Caci makian anda (netizen) lemparkan, kami boleh terima. Tapi hinaan, mendoakan suami saya lumpuh, melibatkan anak-anak kami adalah melampau. Eyra kecewa dengan kecaman melampau yang dilemparkan netizen. "Jaga lisan," katanya. Eyra berkongsi perkara itu menerusi sebuah Instastory yang dimuat naik di Instagram miliknya. Dalam pada itu, pelakon drama Mr Grey ini memberitahu dia tetap akan memberikan sokongan terhadap suaminya itu dan berharap agar doa-doa keburukan yang dilemparkan kepada netizen tidak berbalik kepada diri mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Eyra Hazali selamat bersalin anak ketiga ARTIKEL BERKAITAN: Eyra Hazali tunjuk wajah hero ketiga, beri nama Muhammad Hud Ezqandar "Saya berdoa semoga doa-doa itu tidak berbalik pada anda dan keluarga. "Ya, Haziq kami akan sentiasa menyokong awak," ujarnya. Sebelum ini, Haziq menerima kecaman netizen selepas melakukan kesalahan sehingga membantu pasukan Thailand mendapatkan tiga mata penting dalam saingan Piala Asean 2024 pada malam Sabtu. Eyra sentiasa memberikan sokongan kepada suaminya. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Rajamangla, Bangkok itu menyaksikan kemenangan tipis Thailand dengan jaringan 1-0. Jaringan itu merupakan daripada hantaran Haziq yang tersasar singgah ke kaki pemain tengah serangan Thailand, Suphanat Mueanta damn mengumpan penyerang Patrik Gustavsson untuk menyempurnakan jaringan penentu perlawanan. Hal itu menyebabkan Instagram milik Eyra diserang netizen yang melemparkan kecaman terhadap kesalahan yang dilakukan suami aktres berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!