suria

Mas Idayu buktikan diri masih relevan, tak layak masuk pertandingan nyanyian

Mas Idayu tampil kelainan dalam lagu baharu.

TAMPIL dengan lagu baharu berjudul Harum Mekar Di Hati, penyanyi Mas Idayu terbuka menerima sebarang kritikan daripada pendengar.

Kata Mas Idayu, 52, kemunculan karya ini juga menjadi bukti dia masih kekal relevan setelah sekian lama tidak merakamkan lagu baharu untuk pasaran Malaysia.

"Jika ada yang mahu menilai... terserah. Saya digelar sebagai seorang penyanyi dan tampil dengan single baru. Saya tidak peduli dengan apa orang nak cakap.

mas idayu 33

Mas Idayu sedia berdepan kritikan selepas tampil dengan lagu baharu.

"Sebagai penyanyi jika tidak buat apa-apa untuk tonjolkan bakat, itu bermakna hanya sepi. Apa yang penting saya keluarkan lagu dan masih boleh menyanyi," katanya.

Mas Idayu ditemui ketika majlis pelancaran lagu berkenaan yang berlangsung di Red Box Karaoke, The Curve, Petaling Jaya.

Dia berkata sedemikian apabila ramai yang mempertikaikan kemampuannya menjadi juri dalam pelbagai program nyanyian sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Lupa lirik bukan punca tersingkir Famili Duo 4, Mas Idayu persoal Joey tak terus jawab kritikan

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya takkan bantu”... Mas Idayu minta orang ramai siasat dulu sebelum bagi sumbangan kepada Aman Graseka

Disebabkan kelantangan ketika memberi komen, ada juga yang memintanya menyertai pertandingan nyanyian untuk membuktikan kemampuannya.

"Saya sudah tidak layak untuk masuk pertandingan. Saya masih relevan dalam industri. Takkan saya nak menjatuhkan diri semata-mana nak ikut cakap netizen? Kalau nak saya masuk pertandingan nak saya bersaing dengan siapa?

"Apa yang saya kongsikan ketika menjadi juri adalah pengalaman ketika berjaya sebelum ini. Bukan saya nak tunjukkan diri saya sekarang. Sebagai manusia biasa bila usia meningkat suara pun akan berubah," jelasnya.

mas idayu 22

Lagu baharu bukti Mas Idayu terus relevan dalam industri.

Mempertaruhkan genre pop rock dalam karya ciptaan Ajai, penyanyi ini juga berani lari daripada genre dangdut seperti yang sinonim dengan dirinya.

Kemunculan lagu itu secara tidak langsung membuktikan Mas Idayu seorang penyanyi versatil dan telah merakamkan pelbagi genre sebelum dangdut.

"Sebenarnya saya lebih biasa dengan lagu-lagu sebegini. Orang-orang lama mungkin tahu. Tetapi nama saya berjaya dalam genre dangdut.

"Ajai tahu saya seorang versatil dan boleh nyanyi pelbagai genre. Sebab itu dia berikan saya lagu ini," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain