LEBIH 10 tahun terlibat dalam dunia seni, penyanyi Salma akur namanya masih belum cukup dikenali meskipun pernah bergelar juara program realiti televisyen. Mengakui ada ketika timbul rasa kecewa, Salma atau Salmah Andi Asis, 34, bagaiamanapun enggan patah semangat untuk terus mencuba. Malah dia cukup positif lagu-lagu yang pernah dinyanyikan sebelum ini akan dikenali suatu hari nanti. Salma mahu pikat peminat dengan genre berbeza. "Bukannya saya tidak berusaha, cuma orang yang tak nampak apa yang saya buat. Saya keluar dengan lagu baru pun kurang mendapat sambutan. "Rasa kecewa itu pastinya ada dan ia membuatkan saya rasa down seketika. Tetapi saya ambil dari sudut positif dan melihat artis-artis lama dimana lagu-lagu mereka kini mula mendapat perhatian ramai. "Selagi ada kudrat saya akan tetap berusaha. Saya akan terus tampil dengan lagu baru," katanya kepada mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia lebam badan, Shiha dan Ieda Zikir juara ‘Famili Duo 4’ ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pertama kali Shiha Zikir jadi juara, kemenangan di pentas ‘Famili Duo 4’ cukup bermakna... “Ini penyertaan terakhir saya” Salma ditemui selepas tamat konsert akhir Famili Duo musim keempat (FD4) yang berlangsung pada Ahad lalu di mana dia bersama pasangan duet Ayie Ilham berjaya merangkul naib juara program berkenaan. Untuk rekod, Salma mula dikenali selepas bergelar juara program Mentor 5 dan cukup sinonim dengan lagu-lagu balada serta bernada tinggi. Mahu memberi kelainan kepada peminat muzik, Salma mengambil langkah berani untuk menukar selera muzik ke arah genre rock. Selagi ada kudrat saya akan tetap berusaha SALMA PENYANYI "Lagu genre balada mungkin tidak membawa tuah kepada saya. "Saya dah penat dengan balada dan mahu mencuba genre rock. Saya mahu berikan nafas baru dan rasanya orang nak melihat sudut berbeza. "Mungkin selepas ini nama boleh dikenali ramai," ujarnya. Ayie dan Salma bergelar naib juara Famili Duo 4. Sebagai permulaan, Salma akan bekerjasama dengan kumpulan Floor88 dan lagu mereka berdua kini dalam proses pembikinan. Bagi Ayie selaku vokalis kumpulan itu, dia tidak mahu kerjasama yang telah terjalin terhenti selepas tamat FD4. "Perancangan setakat ini adalah lagu baru Salma bersama Floor88. Material dah ada, cuma kami perlu fikir lebih mendalam tentang konsep yang ingin dibawakan. "Kami pun cuba tampilkan kelainan dalam diri Salma dengan kolaborasi ini," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!