suria

Siti Hariesa lebih berhati-hati pilih watak, enggan lagi terpalit kontroversi... “Saya tidak mahu orang cakap buruk”

Hariesa mahu elak sebarang kontroversi dalam industri seni.

SELEPAS terpalit kontroversi babak panas dalam drama Perempuan Itu, pelakon Siti Hariesa berkata dia kini berusaha untuk mengelakkan diri daripada isu sensasi demi menjaga nama baik dalam industri seni.

Enggan lagi terlibat sebarang kontroversi, Hariesa atau Siti Hariesa Muhammad Hanafi, 26, berkata dia kini lebih berhati-hati dan selektif dalam memilih watak lakonan.

"Saya cuba untuk elak daripada kontroversi. Saya mahu mencipta nama baik dalam industri seni ini.

Hariesa sebelum ini pernah mencipta kontroversi menerusi drama Perempuan Itu.

Hariesa sebelum ini pernah mencipta kontroversi menerusi drama Perempuan Itu.

"Saya tidak mahu orang bercakap buruk tentang diri saya. Sekarang ini saya akan melihat terlebih dahulu watak yang ditawarkan.

"Alhamdulillah saya kini ditawarkan sebagai peranan utama, saya banyak berbincang dengan pihak produksi sebelum membawa watak yang diberi," katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Hariesa memberitahu dia mahu fokus untuk membawa pelbagai lagi karakter dalam lakonan dan tidak mahu terikat hanya dengan watak penyondol.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Dikecam bertubi-tubi, Zul Ariffin padam babak panas... Kongsi pula video berdiri sambil tepuk tangan

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Perempuan Itu’ berjaya tawan hati penonton, tindakan berdiam diri Erma Fatima berbaloi

"Kalau ikutkan sampai sekarang orang masih panggil saya Dr Serra (watak drama Perempuan Itu). Saya okay sahaja nak panggil saya dengan nama itu kerana mereka suka dengan watak itu.

"Tetapi selepas daripada drama tersebut, saya tidak ditawarkan lagi dengan watak penyondol. Apa yang saya perasan penonton benci kepada kisah penyondol tetapi mereka gemar menontonnya.

"Buat masa ini biarlah saya fokus kepada watak-watak lain kerana karakter utama yang perlu dibawa dalam drama pun sudah cukup susah kerana banyak lagi konflik," ujarnya.

Hariesa mahu membawa pelbagai watak dalam drama.

Hariesa mahu membawa pelbagai watak dalam drama.

Pada Mac 2022, nama Siti Hariesa menjadi bualan netizen selepas Zul Ariffin memuat naik sedutan babak lakonan mereka.

Video tersebut memaparkan Zul mendukung Hariesa daripada depan dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk tontonan masyarakat di negara ini.

Selain itu, babak menghairahkan menunjukkan Hariesa menyuap 'whipped cream' ke mulut Zul sebelum menghabiskannya dilihat seolah-olah seperti aksi dalam filem lucah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain