suria

Shuib jelaskan punca tangan kanan anak bongsu kurang berfungsi, kesan lahir tak cukup bulan

Shuib dan Ayash teruja bercuti di Jepun.

PELAWAK Shuib tampil menjelaskan mengenai keadaan tangan kanan anak bongsunya iaitu Ayash Affan yang dilihat seperti tidak normal seperti kanak-kanak biasa.

Menurut Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 40, tangan anaknya itu kurang berfungsi kerana Ayash dilahirkan ketika dia berusia enam bulan di dalam kandungan ibunya iaitu Allahyarham Siti Sarah.

Cerita Shuib, semasa kelahiran Ayash, anaknya itu tidak mampu bernafas dengan baik sehingga memerlukan bantuan okisgen dan hal itu memberikan kesan terhadap perkembangan otak serta fizikalnya.

shuib 1

Shuib kongsi keadaan anak bongsu.

"Ramai yang bertanya fasal tangan kanan Ayash ini, sebab dia dilahirkan tak cukup bulan dan dianggap sebagai bayi ajaib.

"Doktor yang sambut Ayash beritahu dia tidak bernafas selama lapan saat dan terpaksa masukkan tiub terus ke paru-paru barulah bernafas.

"Disebabkan itu oksigen lambat ke otak dan ada kesan calar di belakang otak, jadi sebelah tangan pada awalnya tidak berapa fungsi," katanya.

Shuib berkongsi perkara itu semasa siaran langsung di akaun TikTok miliknya bersama Ayash.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedia bertentang mata, Shuib anggap TikToker kutuk dirinya sebagai penakut - “DM pun tak berani balas”

ARTIKEL BERKAITAN: Shuib anggap kes mahkamah dugaan kecil perniagaan, kehilangan isteri tercinta itu lebih berat

Semasa siaran langsung itu, Shuib turut berkongsi keadaan tangan kanan anaknya yang sentiasa berada dalam keadaan mengenggam.

Berkongsi lebih lanjut, Shuib berkata bukan hanya tangan tapi sebelum ini cara berjalan anaknya juga sedikit terganggu.

Dia bagaimanapun bersyukur apabila perkembangan Ayash kini semakin baik malah tangan kanannya juga sudah tidak seperti dulu.

"Tapi sekarang Alhamdulillah, sebelah kanan dia sudah banyak pakai. Dulu tangan dia genggam sekarang sudah mula buka sedikit.

Dia baik dan sangat tidak menyusahkan.

SHUIB

PELAWAK

"Masa usia dua tahun pun ketika berjalan dia agak senget ke sebelah kanan.

"Walaupun dia lahir tak cukup bulan tapi dia punya otak sangat bijak. Dia baik dan sangat tidak menyusahkan," kongsinya.

Untuk rekod, Siti Sarah terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi selepas ditidurkan kerana tahap oksigen rendah akibat Covid-19.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos 2021.

shuib 2

Shuib bersama empat orang anaknya.

Shuib dan Allahyarham mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.

Selain Ayash, mereka memiliki tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, dan Ariq Matin.

Selepas itu Shuib berkahwin bersama Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah pada 23 Jun 2023.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain