suria

Idzham Ismail tak halang bekas isteri jumpa anak-anak

Idzham sentiasa kongsi gelagat bersama anak-anaknya.

PELAKON Idzham Ismail tidak pernah menghalang bekas isterinya iaitu Siti Nur Abilah daripada bertemu anak-anak mereka.

Meskipun sudah berpisah, Idzham atau nama sebenarnya Muhammad Idzham Ismail, 36, berkata dia tidak mahu hubungan anak beranak itu terputus.

"Masih (bekas isteri berjumpa anak-anak) saya bukan seorang yang kejam untuk menghalang anak saya dari berjumpa dengan mak dia. Jadi masih jumpa," katanya di Instastory miliknya.

idzham 1

Idzham kerap ditanya berkenaan hubungan bersama bekas isteri.

Idzham berkongsi perkara itu selepas mendapat pertanyaan netizen mengenai hubungan bekas isterinya bersama anak-anak mereka.

Namun ketika netizen bertanya punca penceraian mereka, Idzham memilih untuk tidak menjawab perkara tersebut.

Malah sehingga kini punca penceraian mereka masih menjadi tanda tanya netizen memandangkan pasangan berkenaan dilihat cukup bahagia sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Idzham Ismail sukar cari pengganti, bekas isteri dah letak standard terlalu tinggi

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Idzham Ismail pula bercerai, gagal kawal kemarahan punca lafaz talak terhadap isteri - “Saya bukannya malaikat”

"Tiada komen, jangan tanya saya," katanya lagi.

Untuk rekod, Idzham mendirikan rumah tangga dengan Abilah pada Ogos 2016 dan mereka memiliki dua orang cahaya mata bersama iaitu Nur Sofea Inara, 7, serta Muhammad Idrus, 4 tahun.

Pada 4 November lalu, Mahkamah Rendah Syariah Klang Selangor mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Idzham terhadap Abilah pada awal Oktober.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain