PENYANYI Didi Astillah meluahkan rasa bengang dan tampil mempertahankan kakaknya iaitu pelakon Bella Astillah. Membidas kenyataan yang dibuat oleh aktres Ruhainies dalam satu temu bual, Didi atau Dayang Nazillah Awang Astillah, 28, mengingatkan kembali bahawa kakaknya tidak terlibat dalam merancang kes tangkap khalwat membabitkan bekas abang iparnya itu. Malah Didi juga mendakwa Ruhainies cuba mempengaruhi beberapa individu dengan bercakap buruk mengenai Bella. Perkongsian Didi di Instagram. "Tolong hentikan sebar fitnah kononnya kakak saya perangkap. Saya tahu awak ada mesej artis dalam industri bergelar Datuk untuk mengutuk dan fitnah kakak rancang semua ini. "Ingat kakak saya mahu anaknya kehilangan bapa? Lama dia bertahan sampai rujuk balik bertahan lagi lima tahun...cuba fikir! "Macam budak sekolah cari orang untuk sebelahkan awak. Kenapa tak move on lagi? Orang salah tak tenteram sibuk nak beritahu walau tak ditanya," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Perbicaraan kes khalwat Aliff Aziz dan Ruhainies ditangguh tahun depan ARTIKEL BERKAITAN: “Kenapa sekarang?” - Adik Bella Astillah persoal kenyataan mahu berdamai, perbuatan Ruhainies tak dapat dimaafkan Didi menulis panjang lebar dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Jumaat. Dalam perkongsian berkenaan dia juga memuat naik kembali satu video temu bual Ruhainies yang bercakap mengenai dugaan dialami sepanjang tahun ini. Kata Didi, dia berani menulis tentang perkara itu kerana sudah tidak tahan dengan Ruhainies yang dilihat cuba bermain sentimen meraih simpati ramai. Didi mempertahankan Bella. Menerusi hantaran tersebut juga Didi mencabar Ruhainies untuk mengemukakan saman sekiranya apa yang diperkatakan Bella sebelum ini adalah satu fitnah. "Pada saat kakak saya buat posting dengan meletakkan nama awak di sosial media dia kerana berjaya meruntuhkan rumahtangga dia dengan kes khalwat itu, kenapa tak saman? Berani kerana benar. "Tapi ada hikmah kes khalwat terjadi. Kalau tak, mungkin ada kemaafan yang ke-12 terjadi," ujarnya. Kes khalwat antara Aliff dan Ruhainies kini masih dalam proses perbicaraan mahkamah. Nama Ruhainies dan bekas suami Bella iaitu Aliff Aziz mula menjadi perhatian selepas mereka ditangkap atas dakwaan khalwat pada 9 Mac lalu. Susulan itu juga Bella memfailkan cerai terhadap Aliff dan mereka sah berpisah pada 13 Jun lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!