suria

Abby Abadi kena ‘scam’ lagi, kali ini tertipu beli akaun TikTok ramai ‘follower’

Abby bengang ditipu semasa membeli akaun TikTok.

PELAKON Abby Abadi mendedahkan dia sekali lagi menjadi mangsa penipuan atas talian selepas membuat transaksi pembelian sebuah akaun TikTok.

Berkongsi mengenai taktik penipuan individu berkenaan, Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, berkata ia dipercayai dilakukan di luar negara namun menggunakan e-dompet di Malaysia.

"Scammer dari luar negara, tetapi menggunakan e-wallet Malaysia. Cara dia membalas mesej seperti orang Malaysia.

Untitled design (4)

Abby berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Lepas buat pembayaran, tiba-tiba akaun (dibeli) log out selepas saya daftar masuk," katanya kepada mStar.

Abby bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah kerugian yang dialami.

Sebelum itu, Abby juga ada berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram.

Untitled design (5)

Abby telah pun membuat laporan kepada pihak sepatutnya.

Menurut Abby, dia terperangkap dalam penipuan ini disebabkan sikapnya mudah terpengaruh dan terlalu cepat mempercayai orang.

Lebih membuatkan dia yakin apabila sudah berhubung dengan individu berkenaan bagi berbincang secara terperinci mengenai jual beli tersebut.

"Senang sangat terpengaruh. Nak cepat sangat pengikut ramai dekat TikTok. Tidak semudah itu ya. Kena scam rupanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Laporan ‘Anak Abby Abadi Meninggal Dunia’ tak benar, Marissa selar individu sanggup reka berita palsu demi duit

ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi tegur ‘makcik bawang’ komen caci maki anak di posting IG, nasihat jangan ada dengki busuk hati

"Kita pun bukan senang nak percaya. Minta tukar e-mel dan kata laluan. Dah tukar baru buat bayaran," ujarnya.

Menerusi hantaran yang dimuat naik, Abby turut berkongsi perbualan serta gambar profil akaun berkenaan

Dia juga telah membuat laporan ke atas syarikat pengendali e-dompet berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut sekiranya benar dirinya menjadi mangsa.

"Suami saya sudah buat laporan dan perlu menunggu. Menurut pihak berkenaan duit sudah terlepas ke individu tersebut," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain