suria

Ameerais tak kecil hati digelar artis ‘TikTok’, guna peluang cari rezeki buat keluarga

Ameerais tak terasa hati dengan gelaran artis TikTok.

BARU sahaja menerima anugerah Live Artist of The Year, penyanyi Ameerais tidak berkecil hati apabila ada yang menggelarnya sebagai artis di platfrom TikTok sahaja.

Tidak mampu menutup mulut manusia daripada berkata-kata, Ameerais atau Mohamad Arif Ameerais Azhar, 34, memberitahu niatnya berada dalam industri adalah untuk menghiburkan orang ramai.

"Saya terima sahaja (gelaran artis TikTok) kerana masing-masing ada pandangan tersendiri dan kita tak boleh nak tutup mulut orang.

NP (47)

Ameerais tidak kisah dilabel sebagai sekadar artis di TikTok.

"Niat saya cuma mahu menghiburkan orang dengan nyanyian saya," katanya kepada mStar.

Merasai perbezaan bergelar artis dalam dua generasi berbeza, Ameerais mengakui bukan mudah untuk menempa nama dalam era moden kini.

Penyanyi lagu Selalu itu bagaimanapun berkata dia perlu meneroka pelbagai platform kerana kerjaya sebagai penghibur menjadi sumber rezeki buat dirinya dan keluarga.

"Dulu dan sekarang sangat berbeza, saya rasai dua generasi yang berbeza iaitu sebelum dan selepas adanya dunia media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Ameerais hadiah ‘Selalu’ untuk peminat, sudah lebih 10 tahun dalam industri

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa lebih bebas, Ameer (Forteen) ada rancangan gerak solo

"Sekarang memang kena kuat berdaya saing... Ramai fikir jadi pencipta kandungan ni perkara mudah tapi mereka tak nampak kepayahan disebaliknya.

"Tapi itu perkara yang saya suka, nak buat kerja lain memang saya tak reti, jadi saya akan cuba menambah baik dari masa ke masa," jelasnya.

Sementara itu, Ameerais bersyukur rezekinya semakin bertambah selepas berakhirnya program realiti nyanyian Gimme The Mic.

Kata Ameerais kejayaan itu hasil berkat doa isteri dan anak-anak yang mahu melihat dirinya berjaya.

NP (48)

Ameerais syukur rezeki buat anak-anak dan isteri semakin bertambah.

"Alhamdulillah rezeki isteri dan anak-anak yang sentiasa doakan yang terbaik buat saya

"Kehidupan lepas Gimme The Mic ada impak dalam hidup saya dan kalua ikutkan jadual kerja tahun depan agak sibuk juga.

"Apapun saya bersyukur dengan rezeki yang diberikan, cukup untuk saya dan keluarga," ujarnya.

Untuk rekod, Ameerais berkahwin dengan Siti Nurnaja'a Shamsul Kamar pada 1 Mac 2019 dan pasangan ini mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Eusoff, 4, dan Nedim Eibrahim, 3 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain