SETELAH sekian lama meninggalkan rutin senaman di gimnasium, pelakon Saharul Ridzwan kembali melakukan aktiviti berkenaan bagi mendapatkan tubuh badan yang lebih sihat. Selain untuk kecergasan fizikal, Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 35, berkata senaman itu juga membantu menguatkan mental dan menjadikan dia lebih bertenaga untuk melakukan ibadah pada waktu malam. "Sebenarnya bersenam ni lebih daripada sekadar jaga badan... Saya perasan banyak perubahan, bukan saja pada fizikal, tapi pada mental dan rohani pun terkesan. Saharul sudah kembali bersenam di gim untuk jaga kesihatan. "Saya harap dengan badan yang lebih sihat ni buat saya lebih mudah bangun malam untuk tambah solat, nak rasa nikmat sujud waktu orang lain masih lena. "Saya nak rasa lebih dekat dengan Allah dalam setiap sujud. Kalau badan lemau, lesu, solat pun rasa malas," katanya. Saharul berkongsi perkara itu menerusi hantaran Instagram miliknya pada Khamis. Mengakui ibadah solat wajib dilakukan tanpa mengira tahap kesihatan seseorang, namun Saharul berpandangan baginya perlu memiliki tubuh sihat untuk lebih fokus melakukan ibadah berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Syukur rumah di Cyberjaya dah berjaya dijual, Saharul Ridzwan harap pengorbanan ada hikmah ARTIKEL BERKAITAN: Saharul Ridzwan lebih aktif dakwah, tak risau kalau orang lupa nama... “Cuma hadiahkan al-Fatihah jika saya meninggal” Malah senaman juga membuatkan otaknya lebih fokus dan cerdas memikirkan strategi perniagaan. "Betul, nak solat tak kena tunggu badan sihat, tak sihat pun kena solat. "Cumanya, lumrah manusia biasa macam saya masih terkesan dengan kesihatan jasad untuk buat sesuatu amal. "Dalam bisnes pula, saya rasa lain, setiap kali nak buat keputusan, minda rasa lebih fokus, lebih tajam dan nak buat keputusan besar pun jadi lebih jelas," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!