SEPANJANG lapan tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon Amyra Rosli berpegang prinsip tidak akan berkongsi sebarang masalah rumah tangga di media soaial. Menurut Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 33, media sosial bukanlah platform yang sesuai untuk melempiaskan kemarahan kerana ia hanya membuka aib pasangan dan diri sendiri. "Saya dan Ammar sudah lapan tahun berkahwin dan kami tak suka menunjuk apa-apa yang buruk di media sosial. Amyra berhati-hati dalam setiap perkongsian yang dibuat. "Memang nampak bahagia tetapi dibelakang itu hanya kami sahaja yang tahu. Apa-apa yang berlaku kami selesaikan antara kami sahaja," katanya kepada mStar. Sebagai selebriti, Amyra berkata dia perlu bertanggungjawab terhadap setiap perkongsian yang dibuat berkenaan kehidupan peribadinya. Jelasnya, sekiranya terlalu berkongsi dikhuatiri tindakan tersebut bakal memakan diri selain mencalar nama baik keluarga. Apa-apa yang berlaku kami selesaikan antara kami sahaja. AMYRA ROSLI PELAKON "Sebagai selebriti saya rasa tiada keperluan untuk tunjuk apa-apa perkara negatif kepada umum. "Kami mengnangkan anak-anak dan keluarga besar yang lain. Kami menjaga nama baik mereka dan diri sendiri juga," jelasnya. Berkongsi rahsia kebahagiannya, Amira menegaskan tiada rumah tangga yang tidak dilanda badai. ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli tak sekat kebebasan Amar Baharin, tapi ada syarat kena patuhi ARTIKEL BERKAITAN: Amyra Rosli reda keguguran, anggap petanda masih belum bersedia mengandung Namun, dia berpendapat setiap pasangan perlulah bersikap matang serta merendahkan ego masing-masing demi menyelesaikan konflik yang dihadapi. "Mesti ada bergaduh, tiada rumah tangga yang aman saja sentiasa. Tetapi, apa sahaja masalah, kami selesaikan tidak sampai sehari. "Lebih-lebih lagi saya seorang yang tak akan tidur tenang dalam keadaan bergaduh. Amyra percaya setiap rumah tangga pasti akan dilanda badai. "Macam-mana pun saya akan ajak suami untuk bercakap walaupun dalam keadaan tak puas hati atau marah. Kita tak boleh pentingkan diri," kongsinya. Untuk rekod, Amyra melangsungkan perkahwinan bersama aktor Amar Baharin pada November 2016. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 7 dan Ayra Aryssa yang kini berusia empat tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!