suria

Niat Puteri Sarah nak bersedekah tapi ada pula meminta-minta, katanya teringin pakai baju mahal artis

Sarah hilang kata-kata dengan ragam netizen.

PELAKON Puteri Sarah meluahkan rasa terkilan apabila terdapat segelintir individu cuba mengambil kesempatan terhadap sikap baiknya.

Kata Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, pada awalnya dia ingin memberikan kasut dan pakaian terpakai anak-anaknya iaitu Syaikhul Islam, dan Sumayyah secara percuma kepada mereka yang memerlukan, namun sikap segelintir individu suka meminta-minta membuatkan dirinya tidak selesa.

ps 1

Sarah kongsi pelbagai gelagat yang diterimanya.

"Masa saya nak beri kasut untuk lima dan enam tahun. Selepas itu ada orang ini dia sudah dapat kasut itu tapi dia cakap dia ada anak umur 28 tahun. Dia tanya saya ada tak nak beri pada anak umur 28 tahun.

"Saya bagi kepada orang yang tak cukup duit dan betul-betul susah. Saya bagi yang anak-anak saya punya masih cantik dan baru.

"Tapi bila ada yang minta untuk anak itu, ini saya rasa macam tak baik. Saya betul-betul nak bagi kepada mereka memerlukan," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Puteri Sarah dakwa ada pihak sebar fitnah cuba porak-peranda keluarga... Ibu Syamsul titip doa supaya kuat

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Kisah peribadi jadi bahan jenaka, Puteri Sarah okay saja... Paling penting kekal cantik di atas pentas

Sarah berkongsi perkara itu menerusi siaran langsung di TikTok miliknya.

Cerita Sarah, setiap kali ingin melakukan pemberian dia akan memeriksa profil media sosial individu tersebut kerana mahu lebih berwaspada.

Bagaimanapun kecewa apabila mengetahui segelintir mereka hanya ingin memakai pakaian mahal daripada seorang artis.

ps 3

Sarah kini sedang bercuti bersama dua orang anaknya di London.

"Janganlah ambil kesempatan. Saya nak bagi pada orang memerlukan, ramai yang susah.

"Bila yang ada kata nak.... Saya akan tengok profil dia macam orang berduit juga. Saya cakap saya tak boleh bagi sebab nak beri pada yang susah.

"Selepas itu dia kata tak boleh ke? Saya teringin nak pakai baju mahal artis punya. Saya terus hilang kata-kata. Saya harap tiada orang seperti itu," katanya lagi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan