suria

Nana Mahazan menangis tengok Misha Omar menyanyi lagu ‘Halaman Cinta’, teringat momen dibenci semasa AF

Nana sebak menonton persembahan Misha (kiri) ketika menyanyikan lagu Halaman Cinta.

PENYANYI Nana Mahazan tidak dapat menahan sebak apabila menonton Misha Omar menyanyikan lagu Halaman Cinta sewaktu persembahan Misha Back To Basic Showcase yang diadakan di Jiospace, Petaling Jaya, Selangor pada malam Sabtu lalu.

Nana atau Nurul Hana Che Mahazan, 40, berkata dia menangis disebabkan teringat momen ketika menyanyikan lagu berkenaan di konsert minggu kelima Akademi Fantasia musim pertama (AF) pada tahun 2003.

Kata Nana, lagu berkenaan membawa makna cukup buat dirinya termasuklah menjadikan dia seorang anak seni yang kuat.

nana1 - 1

Nana sedih mengenangkan masa lalu ketika berada di AF1.

"Saya tidak boleh berbohong, saya menangis teresak-esak. Ya menangis macam air mata mencurah-curah tak tahu kenapa.

"Sebenarnya sebab teringatkan cerita lalu buat saya jadi sebak. Lagu ini membawa seribu kenangan. Lagu yang menguatkan seorang Nana Mahazan. Lagu yang mengajar saya banyak benda yang saya tidak tahu saya mampu hadapi.

"Lagu yang buat setengah populasi dunia membenci saya dan Alhamdulillah ada juga yang menerima. Syukur Alhamdulillah untuk semua rasa itu," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dipalau, dibuli” - Fara Fauzana benci Nana Mahazan, semua Akademi Fantasia punya fasal

ARTIKEL BERKAITAN: 19 tahun dalam industri seni, Nana Mahazan mahu anjur kelas bina keyakinan diri secara percuma... Rancang ‘pusing’ satu Malaysia

Nana berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Sementara itu menerusi ruangan komen, Misha sempat menulis pujian kepada Nana yang disifatkan sebagai seorang penyanyi yang tidak pernah berputus asa.

"Nana yang saya kenali, takkan gentar dengan kejian dan tidak akan melayang juga dengan pujian.

"Nana ada motivasi sendiri untuk terus berdiri dan saya sayang awak kerana itu," ujarnya.

Untuk rekod, sewaktu menyanyikan lagu Halaman Cinta di konsert minggu kelima AF1, Nana berdepan masalah untuk menyampaikan lagu tersebut sehingga membuatkan dia menangis di atas pentas.

Persembahan Nana bagaimanapun menerima sorakan dan tepukan daripada penonton yang memberikan sokongan terhadapnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain