SELEPAS dibenarkan keluar daripada hospital, pelakon Datuk Adi Putra meneruskan komitmen kerja dengan menyambung penggambaran drama lakonannya. Berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan, Adi atau Mohamed Hadi Putera Halim, 43, berharap urusan pekerjaannya itu dipermudahkan meskipun dia masih perlu menerima rawatan susulan. "Assalamualaikum, saya ingin mengambil peluang untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan media, ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan saya untuk cepat sembuh. Adi sebelum ini memaklumkan dirawat di hospital. "Alhamdulillah saya masih dalam rawatan dan mudah-mudahan dapat dipermudahkan segala urusan. "Hari ini (Rabu) saya akan meneruskan penggambaran Sekam Di Dada, amanah dan tanggungjawab harus digalas," katanya. Adi berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang di muat naik di Instagram pada Rabu. ARTIKEL BERKAITAN: Adi Putra rindu doa seorang ibu, syukur dapat jadi imam solat jenazah ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tak wajar lagakan Malaysia dan Singapura... Adi Putra bimbang industri hiburan tercalar, wujud sentimen kasta Dalam pada itu, Adi turut menitipkan kembali doa kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai kesihatannya itu. "Saya juga mendoakan kepada anda semua agar sentiasa diberkati dan dirahmati Allah serta dipermudahkan segala urusan," ujarnya. Pada Jumaat lalu, Adi dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat mengalami jangkitan kuman di paru-paru dan masalah batu karang. Menurut isterinya iaitu Datin Aida Yusof, pelakon filem Mat Kilau ini jatuh sakit kerana tidak mendapatkan rehat yang mencukupi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!