SELEPAS tiga hari mencari dompet yang hilang, pelakon Zulin Aziz berlapang dada dan reda menerima takdir barangan peribadinya itu tidak lagi menjadi miliknya. Meskipun bersedih, namun Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, 35, berharap wang tersebut jatuh ke tangan individu yang memerlukan. "Saya masih belum jumpa purse itu tapi saya reda. Saya percaya Allah gantikan dengan rezeki lebih baik nanti. Zulin Aziz berkongsi perkara itu menerusi di Instgaram. "Saya berdoa semoga yang jumpa duit itu, dia benar-benar memerlukan. Mungkin rezeki dia, dia lebih layak. "Hari pertama menangis hilang duit tetapi bila fikir-fikir balik dan husnudzon Allah bagi kemanisan lepas ujian," katanya. Berserta kapsyen, Zulin turut berkongsi beberapa keping foto percutian di Korea Selatan menerusi laman Instagram. Pada Isnin lalu, Zulin memberitahu dia kehilangan dompet yang berkemungkinan tertinggal di tempat duduk pesawat semasa perjalanan ke negara berkenaan. ARTIKEL BERKAITAN: Zulin Aziz kenang nasib diri di Korea Selatan, dompet berisi wang hilang... Dipercayai tertinggal dalam kapal terbang ARTIKEL BERKAITAN: [V] Nasihat Sharifah Shahirah buat Zulin Aziz sedar daripada ‘tidur’, MLS4 tanda kemunculan semula Dalam pada itu, Zulin turut meluahkan rasa syukur atas keprihatinan orang ramai terhadap nasib menimpanya malah ada yang menawarkan diri untuk membelanjanya makanan. Zulin bagaimanapun memberitahu dia masih mempunyai wang memandangkan suaminya iaitu Farhan Norzaini turut menemaninya dalam percutian berkenaan. "Terima kasih tau yang tegur Zulin kat Korea. Semua tanya pasal dompet, sweetnya! Siap ada yang nak belanja Zulin makan. "Jangan risau tau, Alhamdulillah saya baik-baik saja masih ada bank suami. Nanti balik Malaysia saya kerja keras lagi!" ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!