suria

[V] Berat Sweet Qismina turun 10 kg dalam masa sebulan, hanya minum susu setiap hari

PELAKON Sweet Qismina menyangkal dakwaan kononnya dia melakukan prosedur bariatrik atau potong usus untuk menurunkan berat badan dalam masa yang singkat.

Demi menjayakan babak terlantar di hospital dalam filem Babah, Sweet atau Farhanna Qismina supandi, 27, berkata dia mendapatkan nasihat pakar nutrisi dan mengamalkan liquid diet.

“Saya dapatkan nasihat pakar dari hospital, jadi tiada istilah saya potong usus ke apa untuk cepat kurus.

NP-99

Sweet berjaya turunkan berat badan dengan liquid diet.

“Sejujurnya saya hanya amalkan liquid diet, minum susu sahaja sepanjang hari.

“Kalau lapar sangat, saya hanya akan makan epal atau sebiji telur sahaja,” katanya kepada mStar.

Sweet berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan filem Babah bersama media di TGV One Utama, Petaling Jaya, Selangor pada malam Isnin.

Meskipun berjaya menurunkan lima kilogram dalam masa seminggu, namun penerbit memintanya untuk kelihatan lebih kurus.

ARTIKEL BERKAITAN: Sweet Qismina nasihat kongsi lokasi dengan keluarga, ‘delay’ hantaran di media sosial elak dikesan

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Adam Lee dan Sweet Qismina elak ulas isu rumah tangga rakan selebriti, pilih jaga aib sendiri

Menyahut cabaran itu, Sweet mengambil masa selama sebulan dan berhasil menurunkan berat sebanyak 10 kilogram.

“Dalam seminggu sudah berjaya turun lima kilogram tapi penerbit minta turunkan berat badan lagi supaya nampak lebih kurus dan cengkung.

“Jadi selepas jadual penggambaran diaturkan kembali, selepas sebulan saya berjaya turun 10 kilogram keseluruhannya.

NP-100

Sweet bersama barisan pelakon filem Babah.

“Dari 53 kilogram saya berjaya capai 43 kilogram dan menjayakan babak sakit berkenaan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, filem Babah sudah tiga minggu ditayangkan di pawagam dan hasil kutipan terkini sudah mencecah hampir RM6 juta.

Selain Sweet, pelakon lain yang terlibat dalam filem tersebut adalah Qi Razali, Cristina Suzanne, Adam Lee dan Kis Aisha.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain