PERKONGSIAN pelakon Atiq Azman yang ingin mempercepatkan tarikh pernikahannya menimbulkan tanya tanya seolah-olah memberi gambaran bakal berkahwin dalam masa terdekat. Menjawab perkara berkenaan, Atiq atau Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah, 24, memberitahu dia dan tunangnya iaitu Alia Natasha sudah menetapkan tarikh namun bukanlah penghujung tahun ini. "Bukan dalam tahun ini. Kalau tahun ini rasanya agak kelam-kabut, memang tak sempat. Status Atiq yang menimbulkan tanda tanya ramai. "Tarikh nikah sudah ada, cuma tidak boleh saya beritahu sekarang. Insya-Allah tahun depan," katanya kepada mStar. Atiq sebelum itu memuat naik status berseloroh dengan memberitahu ingin memutuskan status pertunangan kerana mahu mempercepatkan pernikahan. ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman kini tunang orang, bakal kahwin Alia Natasha tahun depan ARTIKEL BERKAITAN: Atiq Azman tamat zaman bujang tahun depan, pilih pramugari sebagai calon isteri Bercakap lanjut, pelakon ini juga memberitahu dia dan tunangnya Alia masih lagi dalam proses melakukan persiapan menjelang hari bahagia mereka. "Saya sengaja kongsi status begitu untuk buat kejutan kepada peminat. Dalam masa sama untuk beritahu saya sudah berpunya sebab masih ada yang sangka saya single. Atiq dan Alia masih melakukan persiapan menjelang hari bahagia. "Persiapan majlis nikah masih dalam proses. Kami pun masih berfikir barang hantaran apa yang hendak dibeli," ujarnya. Dalam masa sama, Atiq juga menepis dakwaan kononnya dia dan Alia sudah bernikah di Makkah kerana kedua-duanya dilihat mengerjakan umrah bersama pada hujung November lalu. "Ramai yang bernikah di sana, tetapi saya belum lagi. Saya ke sana atas tajaan," jelasnya ringkas. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!