ISTERI kepada pelawak Shuib iaitu Watie kesal apabila mendapati ada pelanggan menipu ketika membeli produk jualannya dengan menghantar resit bayaran palsu. Cerita Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, pembeli berkenaan memberitahu sudah membuat pemindahan wang, namun bayaran itu tidak masuk ke dalam akaunnya. Lebih parah, ada yang menunjukkan resit bayaran yang sama dengan menggunakan dua akaun Instagram (IG) berbeza semata-mata untuk memperdayakan dirinya. Watie berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Selasa. "Masa di Jepun, saya ada buka order untuk matcha dan eboost Coffee. Setiap minit pembayaran berderup masuk, agak kelam kabutlah di situ nak periksa satu per satu. "Ada dalam tiga ke empat IG hantar resit palsu. Ada yang nampak bayaran tak berjaya. Ada yang guna dua akaun berlainan tapi hantar resit sama. "Sampaikan saya terhantar barang di alamat yang sama sebanyak dua kali. Hujung-hujung baru perasan," katanya. Watie meluahkan kekesalannya menerusi hantaran di InstaStory pada Selasa. ARTIKEL BERKAITAN: TikToker minta Shuib cari isteri lain, Watie hanya mampu mengucap dituduh punca suami berubah ARTIKEL BERKAITAN: Watie tunai puasa sunat, mohon Allah mudahkan urusan Shuib di mahkamah Meskipun ditipu sedemikian rupa, Watie tetap berfikiran positif dan menganggap perkara berkenaan berlaku disebabkan salah faham. Dia bagaimanapun menasihati orang ramai supaya berlaku jujur dalam setiap urusan agar tidak menyusahkan perniaga sepertinya. "Kadang-kadang tak tahulah kita yang salah faham atau orang yang ada niat lain. "Kalau kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan permudahkan urusan hidup kita," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!