suria

Sempena ulang tahun pertama perkahwinan, Syafie Naswip dedah isteri alami keguguran

Syafie tetap merasai nikmat kehadiaran janin dalam kandungan isterinya walaupun seketika.

DALAM kegembiraan meraikan ulang tahun perkahwinan pertama, pelakon Syafie Naswip mendedahkan isterinya iaitu Nur Afiqah mengalami keguguran pada Ogos lalu.

Syafie atau Muhammad Syafie Naswip, 32, bagaimanapun reda menerima takdir kehilangan anak sulungnya yang diberi nama Muhammad Eshal.

"Selamat ulang tahun pertama. Ini adalah permulaan bagi banyak lagi memrori indah.

Copy of Untitled (48)

Syafie berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.

"Empat bulan lalu, al-Fatihah kepada Muhammad Eshal," katanya menerusi hantaran di Instagram.

Berserta kapsyen, Syafie turut memuat naik foto memaparkan imbasan ultrasound yang memperlihatkan janin dalam kandungan isterinya itu.

Meskipun hanya seketika, Syafie memberitahu dia dan isterinya tetap merasai nikmat kehadiran janin berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau lekat, lekatlah” - Syafie Naswip berserah soal anak, murah rezeki selepas kahwin

ARTIKEL BERKAITAN: Cukup sekadar salam, tak mahu peluk... Syafie Naswip jaga batas pergaulan dengan wanita

Malah, pasangan menganggap tahun ini merupakan tahun terindah buat mereka.

"Terima kasih hadir seketika, kamu memori terindah di tahun 2024," ujarnya.

Untuk rekod, Syafie mendirikan rumah tangga dengan Nur Afiqah pada 23 Disember tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain