suria

7 tahun bermusuh, Ifa Raziah dan Roslan Shah akhirnya berdamai

Ifa dan Roslan pilih jalan damai dan sudah kembali bersahabat.

HAMPIR tujuh tahun bermusuhan, akhirnya penyanyi Ifa Raziah dan pengacara Roslan Shah sepakat menamatkan sengketa dan kembali bersahabat.

Bersyukur silaturahim itu kembali terjalin, Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 49, berkata banyak kisah pahit manis mereka bersama dan dia juga sudah menganggap Roslan seperti keluarga.

“Saya sangat bersyukur kepada Allah kerana telah meleraikan ego Roslan dan saya, hasilnya silaturahim antara kami kembali utuh insya-Allah.

NP-102

Ifa dan Roslan sudah lupakan sengketa lama.

“Banyak kisah susah senang kami lalui bersama untuk kecapi kejayaan pada hari ini.

“Saya dan Roslan pun sudah lama bersahabat sehinggakan saya sudah anggap dia seperti ahli keluarga sendiri,” katanya kepada mStar.

Ifa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media Dendam Kemaafan Yang Terindah di St Giles Boulevard Hotel, Midvalley, Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, sejurus selesai bermaaf-maafan, Ifa sempat membuat kejutan dengan memberikan hadiah jenama Hermes kepada Roslan sempena hari kelahiran yang ke-52.

ARTIKEL BERKAITAN: Roslan Shah menyesal pernah buka aib Ifa Raziah, tiba masa mohon maaf... Nak mati dengan tenang

ARTIKEL BERKAITAN: "Apa Dosa Anak Saya Dengan Roslan Shah?" - Ifa Raziah

Jelas Ifa, sepanjang persengketaan mereka, dia sama sekali tidak memberikan apa-apa hadiah mahupun ucapan hari lahir pada Roslan.

“Mula-mula niat nak beli untuk diri sendiri tapi sudah tujuh tahun tak beri hadiah hari jadi buat Roslan.

“Jadi ini hadiah kecil buat saya untuk dia,” jelasnya.

Berkongsi lanjut, Ifa berkata dia dan Roslan mempunyai rancangan mahu mengadakan majlis tahlil bersama anak-anak yatim sebagai tanda syukur mereka sudah berbaik.

NP-103

Ifa dan Roslan pilih jalan damai selepas hampir tujuh tahun tidak bertegur sapa.

Malah kedua-duanya juga berancang untuk menunaikan ibadah umrah bersama-sama.

“Kami ada rancang nak buat kenduri tahlil buat keluarga kami berdua selepas ini.

“Jika ada rezeki kami juga rancang nak tunai umrah bersama pada tahun hadapan,” ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain