PENYANYI Arrora Salwa berlapang dada menerima kritikan apabila persembahannya pada minggu keempat program Gagar Vaganza 11 (GV11) dikatakan seperti nyanyian 'kenduri kahwin'. Meskipun menerima komen sedemikian, Salwa, 39, tetap berpuas hati dengan pencapaiannya itu kerana konsep ditampilkan menepati persembahan lagu Apa Guna Berjanji nyanyian Saloma. "Ada orang tu cakap saya nyanyi macam kenduri kahwin masa minggu keempat. Salwa berkongsi perkara itu menerusi InstaStory. "Terima kasih sebab memang itulah vibes yang saya nak beri. Maksudnya saya berjaya bawa vibes itu," katanya. Salwa berkongsi perkara itu dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Isnin. Persembahan tersebut sebelum ini mendapat kritikan daripada seorang penyanyi yang menganggap dia patut disingkirkan pada minggu berkenaan. Salwa mendendangkan lagu Apa Guna Berjanji pada minggu ke-4. Bagaimana penyanyi ini masih bertahan dan meneruskan saingan di pentas GV11 untuk minggu akan datang. Dalam masa sama, dia turut meluahkan rasa syukur kerana berjaya dalam program berkenaan. "Alhamdulillah, Arrora mara di minggu keenam adalah satu pencapaian untuk saya sebagai seorang yang dah lama tidak menyanyi," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Program Gegar Vaganza memalukan peserta, ini respons Astro! ARTIKEL BERKAITAN: Tugas juri menilai persembahan mingguan, tiada niat malukan peserta GV Menerusi konsert minggu kelima GV11 pada Ahad, Salwa tampil membuat persembahan duet bersama penyanyi Hardy Mirza menyanyikan lagu Ketika Cinta Bertasbih (Melly Goeslaw). Dikatakan tiada keserasian di atas pentas, penyanyi ini memberitahu mereka saling menghormati status kedua-duanya yang berkahwin. "Kami berdua menghormati status masing-masing ya. Lagu itu bukan dinyanyikan untuk kami berdua, lagu itu tentang ketuhanan," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!