PELAKON Abby Abadi meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir netizen menulis komen cacian terhadap anaknya iaitu Marissa Dania. Kata Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 47, kata-kata biadab yang ditulis mereka itu seolah-olah seperti anaknya itu telah menganggu dan menyakiti kehidupan mereka. "Sana sini masih ada yang kutuk dan caci maki anak saya (Marissa). Abby berkongsi perkara itu menerusi hantaran di InstaStory. "Cara komen itu kononnya diri paling tersakiti," katanya menerusi satu hantaran di InstaStory pada Isnin. Berserta kapsyen tersebut, Abby turut memuat naik semula foto Marissa memperomosikan sebuah jenama tudung. Dalam pada itu, Abby menasihati netizen agar berhati-hati dan mengingati Allah SWT sebelum menulis sesuatu komen. ARTIKEL BERKAITAN: Marissa bukan ketepikan Abby Abadi, suami lebih selesa berkomunikasi dengan bapa ARTIKEL BERKAITAN: Sedih Abby Abadi tengok Marissa Dania dah kurus, pesan anak belajar daripada pengalaman "Adik kakak dan makcik-makcik, ingat Allah banyak-banyak okay? Tak suka abaikan jelah wahai wanita-wanita syurga. "Jangan biar hati itu membusuk, dengki dengan rezeki orang sampai buat apa pun semua tak kena," ujarnya," jelasnya. Nama Marissa dan Aslam menjadi bualan selepas mereka melangsungkan pernikahan di Thailand tanpa pengetahuan keluarga pada 27 Disember tahun lalu. Abby menasihati netizen untuk berhati-hati sebelum menulis komen. Tindakan Marissa berkahwin mengundang kecaman netizen emandangkan Aslam sudah pun mempunyai isteri iaitu Umisya Mazlan. Pada 16 Mac lalu, Abby bagaimanapun mengesahkan berita pernikahan anaknya itu di Thailand. Marissa dan Aslam dikurniakan cahaya mata sulung namun bayi tersebut dilahirkan secara pra matang dan meninggal dunia sejurus selepas dilahirkan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!