suria

Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bawa 30 staf melancong ke Jepun, siap ‘custom made’ jaket untuk semua

Hanis sekeluarga bersama staf sebelum berangkat ke Jepun.

IMPIAN pelakon dan usahawan Haniz Zalikha membawa kakitangan dah pekerjanya melancong ke luar negara akhirnya tertunai.

Hanis atau Hanis Zalikha Zainal Rashid, 34, berkata ketika memulakan perniagaan, dia dan suami iaitu Hairul Azreen berhasrat membawa pekerja bercuti ke luar negara.

Malah perancangan percutian kali ini turut dirancang olehnya sendiri selepas mendapat keizinan dari suami.

hanis 1

Hanis terharu lihat impiannya tertunai.

"Apabila kami (Hanis dan Hairul) mula-mula memulakan syarikat bersama-sama pada usia 20 an salah satu impan utama kami adalah membawa seluruh staf ke negara empat musim.

"Nak sangat negara sejuk supaya rasa terbang pergi bercuti dengan baju bulu-bulu. Dan kami berdua selalu bercakap mengenai perkara tersebut dan juga kepada tim," katanya.

Perkara itu dikongsikan Hanis menerusi hantaran Instagram miliknya yang memaparkan dia sekeluarga bersama staf berada di lapangan terbang.

ARTIKEL BERKAITAN: Hanis Zalikha tiada lagi kaitan dengan pekerja pecah amanah, harap majikan lain tidak berdepan pengkhianatan sama

ARTIKEL BERKAITAN: Faham kepayahan besarkan anak-anak, Hanis Zalikha tak ‘judge’ individu tak mahu zuriat

Menurut Hanis, sepanjang 10 tahun menjalankan perniagaan ia bukan sesuatu yang mudah namun bersyukur mereka kini mampu membawa 30 orang pekerjanya melancong ke negara matahari terbit itu.

"10 tahun kemudian Allah memberi kami masa dan rezeki yang sesuai untuk terbang kesemua 30 kami. Sebak dada tak tahu nak cakap," ujarnya.

Sementara itu, menerusi hantaran di Instastory pula, Hanis memberitahu dia melakukan pelbagai persiapan memandangkan ini kali pertama mereka bercuti ke luar negara secara beramai-ramai.

Malah, dia juga menempah jaket istimewa untuk dipakai oleh staf.

hanis 3

Staf Hanis teruja untuk melancong ke Jepun.

"Sebab ini pertama kali nak terbang, siap ada perbentangan mengenai jenis pakaian, cara menyimpan beg dan semuanya amat berharga.

"Big boss (Hairul) siap tempah custom dua lapisan varsiti untuk semua. Kurang satu jaket yang mereka perlu beli untuk perjalanan lima hari kami," ujarnya.

Perkongsian tersebut meraih pujian ramai yang rata-rata kagum dengan penghargaan pasangan suami isteri itu terhadap pekerja mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain