suria

Harris Alif tenangkan Intan Ladyana, isteri menangis anak sulung dah masuk tadika

Intan mengalirkan air mata kerana saat menghantar Evie ke tadika.

PELAKON Intan Ladyana tidak dapat menahan sebak apabila melihat anak sulungnya iaitu Evie kini sudah memasuki alam persekolahan.

Menurut suaminya yang juga pelakon iaitu Harris Alif, 25, Intan tidak dapat mengawal kesedihan kerana terpaksa berpisah dengan Evie walaupun hanya seketika.

"Mestilah sebak, daripada kecil Evie duduk kat rumah. Rumah itu rasa sunyi bila Evie tiada.

Copy of Untitled (41)

Harris berkongsi momen berkenaan menerusi Instagram.

"Saya pun masih tenangkan dia lagi. Intan memang terasa kehilangan betul sebab dia memang rapat dengan Evie," katanya ketika dihubungi mStar.

Berkongsi pengalaman hari pertama persekolahan, Harris berkata Evie, 2, sangat teruja dan bangun awal pagi untuk bersiap ke tadika.

Malah, Harris berharap pendedahan awal persekolahan itu dapat membantu perkembangan anaknya untuk bergaul dengan rakan-rakan seusia.

"Evie seronok nak masuk sekolah, memang nampak dia gembira bersiap pagi tadi. Dia pun memang suka berkawan.

ARTIKEL BERKAITAN: Harris Alif terkilan tak dapat teman isteri bersalin, anak sulung tidak boleh berenggang

ARTIKEL BERKAITAN: Harris Alif tak kekok dukung anak, Intan Ladyana lahir bayi perempuan

"Saya harapkan yang terbaik dan kami nak Evie dapat pendedahan awal sebab itulah kami hantar dia lebih awal ke tadika.

Sebelum ini, Harris berkongsi momen Intan mengalirkan air mata saat menghantar Evie ke tadika menerusi hantaran video di Instagram.

Untuk rekod, Harris atau Nor Harris Alif Nor Rashidi dan Intan atau Intan Nurladyana Mohamat Yahaya, 41 mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2021.

Selain Evie, pasangan ini juga memiliki seorang anak lelaki iaitu Umayr yang kini berusia lapan bulan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain