suria

Sikap kebapaan Ubai bantu perkembangan anak Shila Amzah… Seth mula tunjuk perubahan positif

Shila kagum dapat suami seperti Ubai.

PENYANYI Shila Amzah memberitahu kehadiran suaminya iaitu Ubai sangat membantu perkembangan anak sulungnya, Seth Uwais selepas didiagnosis autisme tahap satu.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 33, berkata anaknya itu pernah menjalani terapi namun rawatan itu gagal kerana Seth masih mencari-cari seorang individu yang boleh dijadikan contoh kerana dia menggunakan teknik melihat (visual learner) untuk menerima perkara baharu.

"Ya kehadiran Ubai sangat membantu. Sebelum ini saya pernah hantar pergi terapi tapi tidak berjaya rupanya dia perlukan figura bapa atau lelaki sebenar yang boleh pujuk dan tunjuk sebab dia visual learner.

shila 3

Keluarga bahagia Shila dan Ubai.

"Banyak benda yang saya tak dapat nak ajar macam putuskan pampes dia... kadang kadang saya tak sampai hati nak bertegas tapi Ubai dia dengan cara bapa-bapa tapi anak sayang sangat," katanya kepada mStar.

Sementara itu, Shila berkata perkembangan yang ditunjukkan anaknya itu adalah usaha serta didikan Ubai sebagai seorang ayah.

Malah, hubungan yang terbina antara Ubai dan Seth juga amat akrab.

ARTIKEL BERKAITAN: Shila Amzah kongsi cabaran siapkan pasport anak, silap tak buat kad OKU

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hati Ubai ‘patah seribu’ dituduh pukul Shila Amzah

"Seth punya pembaharuan dari segi penampilan dan kemajuan dia memang saya kredit kepada Ubai kerana dia memang betul-betul tumpu apa yang Seth perlukan sebagai figura bapa ini.

"Selalunya semua diserahkan kepada ibu tapi dengan kehadiran bapa ini akan merubah anak itu. Kita akan nampak kesan itu. Bila ada Ubai nampak perubahan dia dan cara komunikasi," ujarnya.

Dalam pada itu, Shila mengakui rawatan terapi yang diikuti Seth membantu perkembangan kanak-kanak itu.

Anak-anak seperti ini perlukan ibu bapa yang bertindak.

SHILA AMZAH

PENYANYI

"Selepas jalani terapi turut buat Seth berani muncul di khalayak kalau tidak dia sudah guling-guling atas lantai.

"Saya juga belajar betapa pentingnya terapi dan saya rasa setiap ibu bapa sekiranya kesan anak kita ada masalah lakukan yang terbaik untuk mereka.

"Saya banyak terima perkongsian dari ibu bapa lain di mesej (DM) saya. Ada juga saudara mara ibu bapa menafikan anak mereka autism, mereka meluah sehingga saya pun terkejut.

"Anak-anak seperti ini perlukan ibu bapa yang bertindak. Kalau kita tidak bertindak sehingga anak-anak tidak mampu jaga diri itu akan kesiankan mereka," katanya lagi.

shila 1

Seth lebih akrab dengan Ubai.

Sebelum ini, Shila mendedahkan Seth didiagnosis dengan austime tahap satu selepas merasakan sesuatu tidak kena dengan anaknya itu.

Untuk rekod, Seth merupakan anak daripada perkahwinan Shila Bersama Haris Edraki pada 2018 namun hubungan mereka berakhir dengan penceraian pada 2022.

Shila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial Ubai pada 5 Ogos tahun.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Rhea Akira pada 9 Mei lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain