HASRAT penyanyi Yazid Lovehunters untuk merebut gelaran juara Gegar Vaganza 11 (GV11) tidak kesampaian apabila diumumkan tersingkir pada minggu kelima program tersebut. Yazid yang menyanyikan lagu Doa Buat Kekasih duet bersama Ruhil Amani gagal menarik perhatian juri sehingga mendapat kedudukan tercorot. Yazid secara ringkas hanya mengucapkan terima kasih kepada semua sebelum melangkah pergi. Yazid dan Ruhil menyanyikan lagu Doa Buat Kekasih. “Terima kasih kepada semua,” katanya selepas pengumuman tersebut pada Ahad. Menurut juri tetap iaitu Datuk Shafinaz Selamat, penyampaian Yazid adalah bagus namun ia bukan seperti pertandingan. “Awak nyanyi bagus tetapi ini pertandingan. Awak kena beri lebih lagi,” ujarnya. Sementara itu, Sheila Abdull diumumkan sebagai juara bagi minggu keenam manakala Liza Aziz dan Ning Baizura berada di kedudukan kedua serta ketiga. ARTIKEL BERKAITAN: Hilang fokus sampai lupa lirik, Nai Dinamik peserta pertama tersingkir Gegar Vaganza 11 ARTIKEL BERKAITAN: Tak mahu ‘downgrade’ diri, Zul (2 by 2) enggan sertai pertandingan nyanyian... Empat kali tolak tawaran GV Arrora Salwa pula diumumkan sebagai pemenang Ikon Super Lit CelcomDigi manakala Sheila Abdul dipilih menjadi Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian peminat. Dalam perkembangan lain, pengacara Jihan Muse mengumumkan dia tidak lagi menjadi pengacara untuk minggu seterusnya kerana ingin berehat sebagai persediaan untuk melahirkan anak ketiganya. Oleh demikian, Nabil Ahmad bakal bergandingan bersama Sherry Alhadad bermula minggu keenam sehingga pentas akhir. Untuk info, GV11 disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!