SELEPAS pelbagai kejutan di minggu pertama, hanya 14 peserta diumumkan layak mara ke peringkat seterusnya dalam program Calpis Soda One In A Million (OIAM). Kesemua mereka dipilih daripada 20 perserta yang bersaing secara battle pada malam Ahad. Mereka adalah Jimi, Dayangku Iffah, Zazleen, Dhania dan Eylia Guntabid dan Trio XL. Rezza syukur diselamatkan juri. Peserta yang turut layak adalah Hafiz Zainal, Aniq Iffat, Mariam, Kai Deva, Alya Mardien, Erfarina dan Mary Grace. Kesemua mereka dipilih sepenuhnya barisan juri tetap yang terdiri daripada Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain dan Cakra Khan. Episod pertama yang bersiaran secara langsung menyaksikan pelbagai kejutan apabila nama peserta tersingkir mula diumumkan ketika awal bersiaran. ARTIKEL BERKAITAN: Setiap hari doa, Rezza Shah letak harapan tinggi mahu menang ‘One In A Million’ ARTIKEL BERKAITAN: Hadiah RM1 juta sasaran Alina Hassan, muncul peserta paling senior dalam Top 100 ‘One In A Million’ Di hujung acara, Yusry mengumumkan seorang peserta telah tersingkir dibawa masuk iaitu Rezza Shah. Sementara itu, peserta Kai Deva dipilih sebagai pemenang mingguan dengan persembahan terbaik. Juara OIAM bakal menerima hadiah wang tunai RM500,000, sebuah kereta bernilai RM200,000 dan kontrak rakaman eksklusif di bawah Alternate Records & Talents selama dua tahun. Antara barisan 32 peserta OIAM. Program ini dikendalilan oleh Haniff Hamzah dan Fiza Frizzy sebagai pengacara. Konsert minggu pertama turut diserikan dengan persembahan juara OIAM terdahulu iaiti Suki Low, Ayu Damit dan Tomok. Kumpulan KRU turut tampil membuat persembahan Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!