SELEPAS hampir 10 tahun meninggalkan universiti, pengacara Uyaina Arshad kembali ke dunia akademik apabila menyambung pengajian kursus pendek di Universiti Oxford, London. Teruja kembali semula ke dewan kuliah, Uyaina atau Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, mengakui alam pembelajaran sangat menyeronokkan. "Minggu yang sangat padat dan sibuk dengan kelas dari pagi hingga petang. Uyaina berkongsi perkara itu menerusi hantaran InstaStory. "Tidak sangka kembali ke sekolah akan menjadi seseronok ini. "Saya telah meninggalkan Universiti Malaya (UM) 10 tahun yang lalu," katanya menerusi satu hantaran InstaStory pada Ahad. Dalam pada itu, Uyaina memberitahu bahawa pembelajarannya kali ini bukan sekadar menimba ilmu baharu, namun turut melibatkan proses pembelajaran semula. ARTIKEL BERKAITAN: Rancang bina perniagaan sendiri, Uyaina Arshad dan Raja Syahiran ambil kursus pendek di Universiti Oxford ARTIKEL BERKAITAN: Karier berakhir selepas kahwin salah, suami sistem sokongan utama Uyaina Arshad Walaupun sibuk dengan jadual kelas yang padat, pengacara itu tetap bersemangat untuk terus memperkayakan dirinya dengan ilmu. "Datang ke Oxford, saya bukan sahaja belajar, tetapi juga 'unlearn' apa yang saya sangka saya tahu sebelum ini. "Dan bila balik Malaysia nanti, saya rasa nak hadiri banyak lagi kelas," ujarnya. Uyaina difahamkan mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang keusahawanan di Universiti Oxford selama seminggu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!