ISTERI kepada pelawak Shuib iaitu Watie mendedahkan anak tirinya, Talita menyatakan hasrat memasuki kelas vokal bagi mengasah bakat nyanyian. Kata Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, Talita meluahkan keinginannya untuk menjadi seorang penyanyi. "Tadi sembang-sembang, dia (Talita) cakap, mummy hajat Dekta (Panggilan Talita) tahun depan. Watie berkongsi perkara itu menerusi InstaStory. "Dekta nak masuk kelas vokal. Nak nyanyi betul-betul," katanya. Watie berkongsi perkara itu menerusi InstaStory pada Sabtu. Dalam pada itu, Talita turut memiliki angan-angan untuk mencapai kejayaan besar dalam dunia nyanyian. Talita berangan untuk sertai America's Got Talent. "Kalau boleh Dekta nyanyi sampai dapat jemputan dari America's Got Talent, mummy bangga tak?. "Sambil berangan sajalah katanya yang ini," ujarnya. Selain bakat seni, Watie berkata anak tirinya itu juga berazam untuk berjaya dalam bidang akademik. ARTIKEL BERKAITAN: TikToker minta Shuib cari isteri lain, Watie hanya mampu mengucap dituduh punca suami berubah ARTIKEL BERKAITAN: [V] Tiba dari Jepun, terus bekejar ke mahkamah...Shuib janji beri kerjasama kes gagal bayar cukai RM1.6 juta "Tak nak gaduh-gaduh dengan Matin. Nak jadi matang. Nak dapat semua 'A' dalam peperiksaan," katanya. Untuk rekod, Shuib atau Shahmira Muhamad, 40, mendirikan rumah tangga bersama Watie pada 23 Jun 2023. Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allahyarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 3 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!