SELEPAS begelar juara Gimme The Mic 2024, penyanyi Farhan Mustapha memberitahu dia masih meneruskan kerjaya sebagai penebar roti canai. Tidak malu melakukan pekerjaan itu, Farhan, 28, enggan kejayaan diraih membuatkan dia lupa diri mengenai permulaan perjalanan hidupnya itu. “Saya masih lagi tebar roti canai bila ada masa terluang di kedai mak mentua saya di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Farhan tidak malu mengaku masih kerja tebar roti canai. “Kenapa saya masih lakukan perkara itu sebab saya tak nak lupa dari mana permulaan saya bergelar artis. “Jadi saya memang tak malu untuk beritahu pada orang ramai yang saya masih tebar roti canai,” katanya kepada mStar. Farhan berkongsi perkara itu ketika ditemui pada pelancaran single terbaharunya iaitu Mutiara Hati di Sudirman Cafe, Kuala Lumpur pada Sabtu. Dalam pada itu, Farhan berkata dia mengambil masa dua tahun untuk mempelajari cara menebar roti canai dengan betul. ARTIKEL BERKAITAN: Altimet kongsi gaji sebagai wakil rakyat, ada pemandu peribadi mudahkan urusan kerja ARTIKEL BERKAITAN: Mulakan tugas sebagai YB, Altimet solat berjemaah bersama rakyat... Rancang lebih banyak program agama Malah, Farhan sempat berseloroh dia juga pernah meniru aksi pelawak Wahid yang menebar baju di dalam bilik air menerusi filem Lagi-Lagi Senario. “Saya ambil masa untuk belajar tebar roti canai dengan betul selama dua tahun. “Jujurnya saya pernah buat perkara sama dalam babak Wahid tebar baju dalam tandas dalam filem,” selorohnya. Farhan harap single terbaharunya Mutiara Hati dapat sambutan positif. Dalam perkembangan lain, Farhan berharap single terbaharunya berjudul Mutiara Hati mendapat sambutan positif pendengar. “Semoga lagu Mutiara Hati dapat diterima baik peminat-peminat genre balada. “Saya harap ia dapat sambutan yang positif meningkatkan lagi kerjaya saya sebagai seorang penyanyi,” ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!