SELESA hidup tanpa seorang bapa, anak kepada Rita Rudaini melarang pelakon berkenaan kembali mendirikan rumah tangga. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh anak-anak Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna menerusi siaran langsung TikTok. "Tak payah! Mummy (panggilan Rita) tak payah kahwin lagi. Sebab Mummy sudah cukup untuk Rayyan dan Arjuna," katanya. Rayyan (kiri), Rita (tengah) dan Arjuna bahagia hidup bersama. Dua beradik itu berkata sedemikian selepas mendapat pertanyaan netizen sekiranya Rita atau Rita Rudaini Mohammad, 48, kembali berumah tangga. Sebak dengan kata tersebut, Rita berharap netizen memahami jawapan yang diberikan anak-anaknya itu. Malah dia juga memberitahu tidak akan kembali berumah tangga memandangkan sudah selesa bergelar ibu tunggal. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hampir 30 tahun bergelar pelakon, Rita Rudaini menggigil akhirnya genggam trofi ABPBH36... Kemenangan rezeki anak-anak ARTIKEL BERKAITAN: Insurans anak sudah luput 13 tahun, ada sebab Rita Rudaini gagal beli polisi baharu... Bayar sendiri rawatan Rayyan patah tangan Lebih mencuri perhatian, Rita segera memeluk anak-anaknya sekaligus menimbulkan suasana pilu. "Dengar itu Mummy sudah cukup untuk mereka berdua, terima kasih! "Mummy tak akan kahwinlah, sebab Mummy nak duduk dengan Rayyan dan adik (Arjuna)," luahnya. Rita mahu terus jadi ibu tunggal. Untuk rekod, Rita pernah berkahwin dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan pada 2008 dan berpisah pada 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Rayyan dan Qaqa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!