suria

Baru habis idah, Fazura tak tolak jodoh kembali berumah tangga

Fazura mahukan lelaki terbaik untuk dijadikan suami.

PELAKON Nur Fazura tidak menolak untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi sekiranya bertemu jodoh terbaik buat dirinya.

Fazura atau Nur Fazura Sharifuddin, 41, bagaimanapun berkata ketika ini dia memberikan fokus kepada anak perempuan, Nur Fatima Aisya dan perniagaan yang diusahakan.

Pun begitu, dia berharap orang ramai dapat mendoakan dirinya bertemu dengan lelaki yang boleh menjadi suami terbaik buatnya nanti.

faz 12

Fazura harap peminat doakan jodoh terbaik untuknya.

"Doakan saya, walaupun sekarang sudah single saya fokus kepada Fatima dan kejaya.

"Tapi mudah mudahan jika ditakdirkan ada jodoh lagi semoga yang baik-baik dan terbaik untuk saya dan Fatima. Doakan okay!

"Kita tunggu jodoh sama-sama nanti ya, mudah mudahan," luahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura selesai jalani tempoh idah, anggap pengakhiran dan permulaan untuk segalanya

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura dan Fattah Amin sah bercerai talak satu

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Fazura semasa melakukan siaran langsung di TikTok miliknya selepas netizen memujinya terlihat berseri olah-olah ingin bernikah.

Sebaik sahaja pujian tersebut dibacakan oleh pekerjanya, Fazura dilihat tersipu malu sambil tersenyum lebar.

Sebelum ini, Fazura mengumumkan dirinya selesai menjalani tempoh idah selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

faz11

Fazura fokus kepada anak perempuannya.

Untuk rekod Fazura dan Fattah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 4 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain