PENYANYI Zul (2 by2) memberitahu dirinya tidak mungkin menyertai mana-mana pertandingan nyanyian selepas ini. Kata Zul atau Zulkefli Majid, 52, dia sudah layak berada di kerusi juri dan enggan merendahkan tahapnya sebagai penyanyi berpengalaman. Malah, Zul turut mendedahkan dia pernah menolak empat kali tawaran daripada pihak produksi Gegar Vaganza (GV) untuk menyertai pertandingan berkenaan. Zul enggan sertai pertandingan nyanyian. “Rasanya tak mungkin sebab saya sudah berada di tahap menjadi juri bagi pertandingan menyanyi. “Jadi takkan nak downgrade diri dari juri jadi peserta pula. “Sebelum ni ada dapat tawaran masuk program GV sebanyak empat kali, tapi semuanya saya tolak dengan cara baik,” katanya kepada mStar. Berkongsi lanjut, Zul berpandangan program realiti nyanyian ada kebaikan serta keburukan buat penyanyi yang menyertai. ARTIKEL BERKAITAN: Pindah rumah tindakan tepat, isteri Zul (2 by 2) kembali pulih selepas lama derita perbuatan sihir ARTIKEL BERKAITAN: Dua kali keguguran selepas mimpi didatangi ular tedung, Zul 2 By 2 dan isteri anggap belum rezeki timang anak Jelas penyanyi Permaisuri Hatiku itu, jika tersalah langkah, imej seseorang artis itu mungkin tercalar. “Kebaikan pertandingan nyanyian buat artis ni sebenarnya bagus untuk mereka kembali menaikkan nama dalam industri. “Tapi keburukkannya pula jika penyanyi terkenal sebelum ini kemudian terkeluar atau tidak menang, ia serba sedikit mencalarkan imej penyanyi itu,” jelasnya. Zul ketika merakamkan muzik video lagu raya terbaharunya. Dalam perkembangan lain, Zul baru sahaja selesai membuat penggambaran muzik video (MV) lagu raya berjudul Raya Dah Tiba. Selain Zul, lagu itu turut menampilkan lima orang penyanyi lain iaitu Intan Maya, Miss En, Nanad, Hary Ray dan Nayla. Lagu raya tersebut bakal dilancarkan pada bulan Ramadan tahun depan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!