suria

Jenazah kena ‘tahan’ berdepan masalah untuk diuruskan, Noorkhiriah sedia bantu secara percuma

Khiriah menubuhkan Persatuan Nur by Khiriah bagi menjalankan fardhu kifayah.

PELAKON Noorkhiriah terbuka membantu menguruskan jenazah yang berdepan masalah menerusi Pertubuhan Amal Nur By Khiriah yang ditubuhkan olehnya.

Menawarkan perkhidmatan percuma bagi individu memerlukan, Noorkhiriah atau Noorkhiriah Ahmad Shapie, 46, berkata sumbangan yang diberikan orang ramai itu akan digunakan sebaiknya dalam membantu memastikan pengurusan jenazah dapat dilakukan dengan sempurna.

"Assalamualaikum minta maaf dulu takut salah tulis. Soal tahan-tahan jenazah, scam jenazah tak boleh bawa keluar ni saya nak beritahu andai terjadi pada korang marilah cari Pertubuhan Amal Nur by Khiriah.

khiriah1 - 1

Khiriah menawarkan khidmat pengurusan jenazah secara percuma.

"Percuma dari A sampai Z (seluruhnya). Baru-baru ini ada kes jenazah kena tahan. Alhamdulillah duit sumbangan korang (netizen) itulah pihak saya guna. Besar pahala korang," katanya.

Noorkhiriah berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam pada itu, Noorkhiriah turut mengingatkan urusan menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah iaitu kewajipan yang perlu dilaksanakan oleh sekurang-kurangnya sebahagian daripada masyarakat Islam.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ikutkan hati tak nak minta sumbangan”... Noorkhiriah terpaksa cari dana teruskan kerja amal pengurusan jenazah

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan mudah urus pertubuhan amal, Noorkhiriah akui berat tanggung amanah duit sumbangan

Kata pelakon drama Nur ini, perkhidmatan pengurusan jenazah yang ditawarkan diberikan secara percuma buat semua umat Islam.

"Bahagian saya tak ada apa semuanya team yang uruskan. Kalau tiada sumbangan korang tak bergerak jauh setakat depan belakang sahaja (perumpamaan).

"Bab meninggal dunia ini bukan perniagaan tetapi fardhu kifayah. Nak cakap lebih saya pun tak tahu, tapi nak pesan pertubuhan ini percuma untuk semua tidak mengira bangsa selagi beragama Islam," ujarnya.

Khiriah (kanan) memberi peringatan kepada masyarakat tentang khidmat percuma yang ditawarkan.

Khiriah (kanan) memberi peringatan kepada masyarakat tentang khidmat percuma yang ditawarkan.

Dalam perkongsiannya itu, dia turut mengucapkan terima kasih kepada semua individu yang memberikan sumbangan dan memohon doa agar usaha yang dilakukan oleh pasukannya akan berjalan lancar.

"Meninggal dunia sakit apa pun team akan bantu. Kita bersaudara. Terima kasih kepada yang menyumbang seikhlas hati semampu dan seadanya.

"Alhamdulillah terima kasih doakan usaha ini dipermudahkan Allah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain