suria

Harissa Adlynn jaga kelakuan sebagai artis, letak syarat nak ajak ‘dating’ kena bawa ibu sekali

Harissa meletakkan persetujuan ibu bapa sebagai syarat utama dalam memilih kekasih.

BARU berusia 21 tahun, namun pelakon Harissa Adlynn dianggap matang dan pandai membawa diri dalam industri hiburan.

Enggan terkait dengan sebarang gosip atau cerita sensasi, Harissa atau Harissa Adlynn Abdul Halim sentiasa berhati-hati sebelum melakukan sesuatu tindakan atau keputusan.

"Bila lihat rakan selebriti terpalit dengan kontroversi ia mengingatkan saya untuk lebih berhati-hati.

Copy of Untitled (39)

Harissa mahu mengekalkan imej bersih sepanjang berada dalam industri.

"Saya masuk dalam industri ini memang sebab minat terhadap lakonan. Sekadar untuk terkenal, bagi saya itu niat yang salah.

"Saya tak terfikir untuk lakukan tindakan yang boleh memburukkan atau mensensasikan nama saya," katanya kepada mStar.

Harissa berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media drama Benci Jadi Cinta yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: Pura-pura terpegang tangan dan diganggu secara lisan, Harissa Adlynn pernah digoda pelakon berstatus suami orang

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali jadi jahat, Harissa Adlynn terbawa-bawa aura ‘Adrea’ sampai ibu jadi mangsa

Bercakap mengenai hubungan cinta, Harissa memaklumkan dirinya masih solo dan belum menemui jejaka yang sesuai dijadikan kekasih.

Terbuka untuk bercinta, pelakon itu bagaimanapun meletakkan syarat hubungan tersebut perlulah mendapat restu ibu bapanya terlebih dahulu.

"Belum lagi (bercinta). Andai kata saya ada teman lelaki dan sekiranya dia nak ajak saya keluar, saya akan bawa ibu saya sekali.

Sekiranya dia nak ajak saya keluar, saya akan bawa ibu saya sekali.

HARISSA ADLYNN

PELAKON

"Saya akan pastikan dia jumpa ibu saya dahulu kerana persetujuan ibu bapa itu yang penting dan kalau boleh dia rapat dengan ibu saya sebelum dekati saya," jelasnya.

Mengakui agak naif, Harissa menyifatkan ibunya berperanan sebagai pendinding untuk mengelakkan dirinya bertemu lelaki yang salah.

"Ibu saya akan tapis dengan siapa saya berkawan sebab saya tak pandai menilai orang disekeliling saya.

Copy of Untitled (38)

Harrisa menganggap ibunya sebagai pendinding daripada bertemu lelaki yang salah.

"Saya selalu berfikiran positif walaupun orang itu berniat jahat dekat saya. Boleh dikatakan saya agak naif," kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Harissa membintangi sebuah drama bersiri vertikal berjudul Benci Jadi Cinta yang disiarkan menerusi laman TikTok Drama Sangat bermula 9 Disember lalu.

Selain Harissa, drama Benci Jadi Cinta turut menampilkan barisan pelakon baharu iaitu iatu Syahmie Thsaqeef dan Zhen Ning.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain