PELAKON dan penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahirah meluahkan rasa syukur anak sulungnya iaitu Tallisya selamat melahirkan cahaya mata pertama pada pukul 10 pagi, Jumaat. Menurut Shahirah atau Shiera, 50, Tallisya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.25 kilogram di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang. Kata Shiera lagi, Tallisya sepatutnya bersalin pada awal tahun depan namun selepas dinasihati doktor, anaknya perlu menjalani pembedahan secepat mungkin. Shiera bersyukur Tallisya sudah selamat bersalin di Kuantan, Pahang. "Saiz bayi agak besar, maklumlah ibunya pula kecil macam mana pula. "Jadi doktor sarankan buat caesar walaupun kalau ikutkan Tallisya akan bersalin pada Januari depan. "Apapun semuanya sudah selesai, anak saya selamat lahirkan cucu sulung," katanya ketika dihubungi mStar pada petang Jumaat. Dalam pada itu, Shiera memberitahu cucu sulungnya itu sudah pun mempunyai nama yang diberikan oleh kedua ibu bapanya. ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Shahirah teruja bakal timang cucu pertama, mahu jaga anak berpantang ARTIKEL BERKAITAN: “Jadi nenek dah aku” - Sharifah Shahirah bakal timang cucu pertama, pesan anak bersalin di Kuantan Shiera bagaimanapun enggan mendedahkan nama sebenar kerana mahu memberi ruang kepada anaknya untuk mengumumkan sendiri. Namun Shiera memberitahu dia menggelar bayi itu dengan panggilan Moana. "Cucu saya tu dah ada nama tapi Tallisya suruh rahsiakan dulu. "Tapi ada nama gelaran, saya panggil dia Moana. Tallisya dan suami dikurniakan cahaya mata perempuan. "Sebab anak pulaukan? Jadi itulah gelaran cucu sulung saya," ujarnya. Untuk rekod, Tallisya, 26, merupakan anak hasil perkahwinannya bersama bekas suami iaitu penyanyi Jatt Ali. Shiera kemudiannya berkahwin dengan pelakon Ijoy Azhari pada 2003 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Airel, 20, Airra, 17, Audra, 15 dan Adeena, 8. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!