BAKAL berkerjasama dengan Cik Epal dalam lagu terbaharu, penyanyi Aepul Roza memberitahu dia tidak menyentuh kisah rumah tangga personaliti media sosial itu dalam karya berkenaan. Menurut Aepul atau Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 36, dia mengambil langkah berjaga-jaga kerana memikirkan dirinya juga sudah mempunyai keluarga sendiri. Namun lagu itu bakal mengangkat mengenai kebangkitan wanita dan akan dinyanyikan oleh personaliti media sosial itu sendiri. Aepul memilih untuk berhati-hati dalam berkarya. "Isu rumah tangga ini agak sensitif dan saya tak nak sentuh kerana saya sendiri ada keluarga dan tak nak terlalu provokasi kerana saya faham rumah tangga ini ada cabaran dia. "Bagi saya itu perjalanan mereka dan tidak patut kita buat provokasi. Bagi saya setiap karya yang keluar perlu ada manfaat. "Bila dia sudah pilih memperkasakan wanita saya setuju cuma ada usik-usik sikit di dalamnya," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Aepul memberitahu dia agak selektif dalam menghasilkan karya dan tidak mahu mengaut segala kontroversi untuk dijadikan lagu. ARTIKEL BERKAITAN: Aepul Roza gubah lagu duet, hadiah gelaran juara The Chosen One 2024 buat Kiki Fateeha ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aepul Roza juara The Hardest Singing Show, bawa pulang wang tunai RM150,000 "Saya suka lakukan eksperimen tapi saya juga selektif dalam menghasilkan karya. "Bagi saya karya adalah kenyataan dan perlu berhati-hati dalam lagu yang ingin disampaikan," ujarnya. Walaupun lagunya sering dianggap seperti menyebarkan kebencian, namun Aepul berkata ada mesej yang cuba disampaikan. Setiap karya yang saya hasilkan bukan kerana dasar kebencian. AEPUL ROZA PENYANYI Jelasnya, karya melibatkan cinta terlalu banyak dihasilkan membuatkam dia tertarik untuk mengangkat kisah rakyat. "Setiap karya yang saya hasilkan bukan kerana dasar kebencian kerana saya suka memandang ia sebagai hak masyarakat dan kita perlu menyumbang kembali kepada mereka. "Mungkin orang kata lagu itu ada serang menyerang atau kutuk mengutuk tapi jika diberi perhatian ia mempunyai mesej yang cuba disampaikan. Aepul selesa menulis lagu berdasarkan cerita rakyat. "Bagi saya karya yang saya hasilkan bukan datang dari kebencian, ia merupakan tanggungjawab saya sebagai penulis lagu dan saya nak hasilkan warna yang dalam industri muzik malaysia. “Sebab ramai dah tulis fasal cinta, jadi saya pilih untuk menulis lagu rakyat," kongsinya. Sebelum ini, nama Cik Epal menjadi bualan netizen kerana kontroversi rumah tangganya bersama bekas suami, Jofliam yang tidak berkesudahan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!