SELEPAS tujuh tahun menanti, peminat pastinya akan teruja dan tersenyum mendengar berita gembira kehadiran bintang rancangan hiburan popular Korea Selatan, Running Man ke Malaysia pada 15 Februari tahun depan. Menerusi konsert jelajah Running Man Run 2 U Live In Kuala Lumpur, kehadiran enam anggota tetap program berkenaan bakal menggamatkan pentas Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Mines (MIECC), Seri Kembangan, Kuala Lumpur. Antara yang bakal membuat kemunculan adalah Ji Seok Jin, Yu Jae Seok, Kim Jong Kook, HAHA, Song Ji Hyo dan Yang Se Chan. Anggota Running Man teruja untuk menghiburkan peminat di Malaysia. Penganjuran acara jelajah tersebut di dua negara iaitu Filipina dan Indonesia pada awal tahun 2024 membuktikan populariti program tersebut di rantau Asia apabila tiket habis terjual. Lebih istimewa, acara ini merupakan kali pertama Jae Seok dan Se Chan menjejakkan kaki ke Malaysia untuk bertemu peminat. Kehadiran kedua-dua anggota tersebut dijangkakan bakal memeriahkan suasana dengan lawak jenaka. Menjanjikan pengalaman luar biasa, anggota Running Man bersedia untuk memenangi hati peminat menerusi aktiviti menarik serta aksi mencuit hati. ARTIKEL BERKAITAN: Tiada pengganti Jun So Min, Kang Hoon dipilih anggota interim Running Man ARTIKEL BERKAITAN: Bintang Running Man terhutang budi kepada peminat luar negara, produksi batal hasrat tamat siaran Selepas 14 tahun bersiaran, Running Man telah memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Program Paling Popular dan Anugerah Program Paling Cemerlang di acara Anugerah Hiburan SBS. Running Man Run 2 U Live In Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung di Mines International Exhibition & Conference Centre (MIECC) pada 15 Februari 2025. Tiket dijual pada harga serendah RM288 sehingg RM958 bermula 26 Disember depan menerusi laman web Bookmyshow. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!