suria

[V] Noraniza Idris kecil hati netizen kritik buat konsert tak ‘gempak’ macam artis lain

PENYANYI Noraniza Idris menganggap segala kecaman diterima sebagai lumrah yang perlu dihadapi setiap selebriti.

Noraniza atau lebih mesra dengan panggilan Kak Ani, 56, bagaimanapun mengakui pernah terasa hati dengan komen pedas ditulis netizen terutama berkaitan konsert yang diadakan pada Oktober lalu.

"Saya baca segala komen netizen walaupun ia menguris hati saya. Kadang kala saya menangis dan sedih kerana rasa tidak dihargai oleh mereka.

ASTRO_0064

Noraniza sedih tidak dihargai peminat.

"Mereka kata konsert saya tak gempak... tak macam artis lain punya konsert tapi saya sudah maklumkan sebelum ini yang ia merupakan gabungan program tanggungjawab sosial korporat (CSR)," katanya kepada mStar.

Noraniza berkongsi perkara itu ketika ditemui pengumuman Konsert Countdown MeleTOP 2025 yang berlangsung di Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Enggan terlalu memikirkannya perkara itu, Noraniza sebaliknya memandang ia sebagai satu sudut positif.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengarah persembahan kena pecat... Noraniza Idris didakwa enggan selesai deposit Konsert Qalam

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tarik diri, left group”... Noraniza Idris tak pecat pengarah persembahan, ulas dakwaan tidak bayar wang deposit

Katanya, tidak semua orang mampu melakukan sepertinya yang memikul tiga tanggungjawab besar iaitu pengarah projek, penyanyi utama dan perkenalkan produk Muruku semasa konsert itu.

"Tapi apabila fikir semula saya ambil dari sudut positif dan berpendapat mereka hanya prihatin terhadap saya.

"Tak apalah mereka nak kecam asalkan mereka tahu apa yang saya lakukan. Kalau orang mula tak ambil kisah itu yang bahaya. Jadi perkara biasa ada orang suka atau tidak.

"Bukan semua orang boleh buat macam saya, kira lain juga," luahnya.

ASTRO_0068

Noraniza tak perduli dengan kritikan netizen.

Walaupun menerima pelbagai kecaman dari netizen berhubung konsert yang diadakan namun Noraniza tetap menganggap ia sebagai satu kejayaan buat dirinya.

"Saya anggap ia sebagai satu kejayaan kerana selama 39 tahun saya berkarya ini pertama kali saya adakan konsert.

"Ada juga tercatat dalam sejarah industri kalau esok saya belasungkawa ada juga satu konsert saya yang orang kata," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain