USAHAWAN sensasi Datuk Seri Aliff Syukri bersyukur apabila melunaskan tanggungjawab sebagai seorang Muslim dengan membayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS). Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, berkata, jumlah yang dibayar itu adalah hasil keuntungan perniagaannya yang semakin maju. Malah Aliff berdoa semoga perniagaannya semakin untung agar dapat memberikan lebih lagi kepada LZS untuk membantu pada pihak yang memerlukan. Aeril dan Wawa juga membayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta. "Doakan supaya perniagaan saya semakin maju selepas ini. "Bila maju, lebih banyak duit yang boleh saya berikan lagi untuk zakat perniagaan saya di masa hadapan," katanya. Aliff berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram pada petang Khamis. Dalam pada itu, Aliff mengucapkan terima kasih kepada LZS kerana memudahkan urusannya memberi zakat perniagaan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan. ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Syukri derma puluhan ribu ringgit untuk atasi Covid-19 - “Bila bantu kata riyak, tak tolong kata jahat pula” ARTIKEL BERKAITAN: Aeril Zafrel, Wawa Zainal bayar zakat perniagaan lebih RM1 juta... Syukur rezeki tak putus tahun ini "Terima kasih LZS kerana memudahkan kerja saya dalam urusan memberi zakat perniagaan ini untuk diberikan kepada masjid-masjid," ujarnya. Sementara itu, dalam foto yang dikongsikan Aliff, terdapat juga kelibat pasangan selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal turut hadir menyerahkan zakat perniagaan mereka. Aeril dan Wawa juga membayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada LZS. Untuk rekod, Aliff sebelum ini pernah diisytihar antara pembayar zakat terbesar di Selangor pada 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!