suria

Pemain gitar kumpulan Spin sudah bercerai, bekas isteri terpaksa dedah kisah sebenar supaya tak timbul fitnah

Reymie dan Aryn membuat keputusan untuk berpisah selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga.

SELEPAS tiga tahun mendirikan rumah tangga, anggota kumpulan Spin iaitu Raymie dan isteri, Aryn Naza akhirnya membuat keputusan untuk berpisah.

Perkara itu dimaklumkan oleh Aryn menerusi satu hantaran di aplikasi TikTok yang memberitahu mereka sah bercerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Rabu lalu.

"Saya dengan rendah hati ingin memberitahu bahawa hubungan saya bersama Mohd Remmy Bin Abd Razak atau dikenali sebagai Raymie Spin telah jatuh talak satu iaitu bain sugra, dari pihak hakam mahkamah pada 18 Disember 2024," katanya.

Copy of Untitled (24)

Aryn berkongsi perkara itu menerusi hantaran video di TikTok.

Berserta kapsyen, Aryn turut memuat naik video dipecayai dirakam sejurus selesai urusan penceraian itu.

Sementara itu, Aryn berkata dia mengambil keputusan untuk berkongsi perkara tersebut kepada umum bagi mengelakkan timbulnya salah faham.

Aryn bagaimanapun memberitahu dia enggan mendedahkan secara terperinci punca penceraiannya bersama gitaris kumpulan Spin itu.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Perkahwinan 15 tahun sudah berakhir, Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai 2 Julai lalu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Idzham Ismail pula bercerai, gagal kawal kemarahan punca lafaz talak terhadap isteri - “Saya bukannya malaikat”

"Bagi mengelakkan salah faham atau fitnah saya terpaksa post untuk memberitahu kepada umum serta kenalan terdekat.

"Pihak sana masih berangan mengatakan hubungan kami tiada masalah walaupun hampir setahun saya dan dia naik turun mahkamah.

"Sebab apa kami berpisah, rasanya tidak perlu saya umumkan lebih-lebih lagi, sekadar yang tahu cukuplah," jelasnya.

Copy of Untitled (25)

Psangan itu mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2021.

Meskipun berdepan kemelut berpanjangan, namun Aryn berharap dapat mengekalkan hubungan baik bersama bekas suaminya itu.

"Cukuplah dengan apa yang terjadi selama empat tahun saya bersabar dan memberi peluang berulang kali.

"Mohon doakan kami berbaik-baik demi kebaikan anak dan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa. Maaf sekali lagi saya terpaksa undur diri kali ini," luahnya.

Untuk rekod, Reymie dan Aryn mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2021 dan hasil perkahwinan pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain