PELAKON Allahyarham Lan Zailan disifatkan sebagai seorang sahabat yang memiliki karakter ceria dan sering menghiburkan rakan-rakan artis di lokasi penggambaran. Berkongsi mengenai sikap peribadi arwah, aktres Ellie Suriaty, 53, memberitahu Lan antara rakan yang banyak berkongsi nasihat mengenai dunia lakonan. "Dia adalah senior saya. Kami sudah banyak kali bekerjasama dan mudah berlakon dengannya. Fizz dan Elly kenang kebaikan Allahyarham. "Kalau di set dia suka bergurau dan menghiburkan orang. Saya boleh katakan arwah seorang yang baik hati. "Kami juga selalu berhubung dalam Whatsapp. Dia pernah beritahu sebagai pelakon berusia tiada lain yang kami mahukan selain tawaran kerja,” katanya kepada mStar. Ellie ditemui semasa pengebumian Allahyarham di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, Subang Jaya, Selangor pada pagi Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: Arwah Lan Zailan sempat tinggalkan pesan untuk anak-anak sebelum pergi, berbual dengan Ebby Yus menerusi ‘video call’ ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon Lan Zailan meninggal dunia Lan atau nama sebenarnya Zailan Kamaruddin, 66, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 4.21 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibaf sakit kanser pankreas tahap empat. Dalam pada itu, Ellie turut meluahkam rasa terkilan kerana tidak berkesempatan menziarahi arwah ketika sakit. "Saya sebelum ini ada penggambaran, kemudian apabila selesai saya kurang sihat, jadi saya rasa tak sesuai untuk ziarah di hospital. "Saya tak mahu menjangkiti orang sedang sakit ketika itu... ada juga rasa terkilan tak dapat ziarah arwah,” ujarnya. Walau mulutnya banyak cakap, tetapi dia seorang yang baik. FIZZ FAIRUZ PELAKON Sementara itu, Datuk Fizz Fairuz, 45, pula menggambarkan peribadi arwah yang sentiasa membuatkan orang sekeliling merasa senang. "Saya sudah banyak kali bekerja dengan arwah. Pelbagai watak yang telah dibawa sebelum ini. "Di lokasi, arwah seorang yang ceria dan suka berjenaka. Senang bekerja dengannya. Allahyarham selamat dikebumikan yang dihadiri lebih 100 orang rakan dan ahli keluarga. "Walau mulutnya banyak cakap, tetapi dia seorang yang baik,” jelasnya. Selain Ellie dan Fizz, rakan selebriti lain yang turut hadir adalah Riezman Khuzaimi, Shiela Mambo, Zila Bakarin, Liza Abdullah dan Azan Scan. Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan sekitar pukul 11.25 pagi Khamis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!