suria

[V] Nora Ariffin pilih jalan matang selepas dinasihat suami, enggan berbalah isu keluarga

BERDEPAN kontroversi melibatkan keluarga suami, penyanyi Datuk Nora Ariffin memilih jalan untuk berdiam dan bersikap lebih matang.

Kata Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 52, dia mengikut nasihat suami iaitu Dr Rushdi Ramli yang memintanya untuk fokus kehidupan mendatang dan tidak terlalu beremosi.

Malah, Nora menyifatkan hubungannya bersama madu merupakan takdir tertulis yang perlu diredakan.

nora 1

Nora sentiasa reda dengan takdir hidupnya.

"Suami pesan untuk saya fokus apa yang saya lakukan dan buat dengan cara sepatutnya melalui undang-undang, bukan dengan emosi dan saling membalas.

"Menjadi orang lebih matang jangan melayan sangat. Saya pun sebenarnya sudah lama reda dengan semua yang berlaku (hubungan bersama madu).

"Saya menerima dan saya bersedia berdamai dengan takdir jadi kadang kala ada benda yang boleh dipilih... aturan hidup bukan kita yang tentukan kerana kita hanya merancang," katanya kepada mStar.

Nora berkongsi perkara itu selepas selesai menjayakan Konsert Hanya Satu – Datuk Nora Ariffin 30 Years Journey, yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu.

Sementara itu, Nora berkata dia kini berada dalam fasa bersyukur dengan setiap perkara yang dilaluinya sama ada ujian mahupun kebahagiaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu ugut nak sebar bukti perlakuan buruk Nora Ariffin... Jumpa peguam kerana terancam

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai urusan rujuk di mahkamah, Nora Ariffin syukur kembali jadi isteri yang sah

Nora bagaimanapun mengakui dirinya lebih mudah menangis dan sudah mendapatkan nasihat pakar psikiatri.

"Alhamdulilah saya bersyukur, suka atau duka saya tetap bersyukur. Kalau dilanda ujian pun saya bersyukur kerana ia mengingatkan saya semula. Seperti malam ini, saya bersyukur kerana ia kurniaan juga.

"Saya menangis selalu... bawa kereta dengar lagu saya akan menangis. Bila teringat sesuatu atau momen lama saya menangis. Saya cepat menangis tapi sekejap sahaja.

"Secara psikologi pun menangis itu melepaskan jadi tidak mengapa menangis. Doktor juga kata kalau menangis sekadar meluahkan perasaan tidak mengapa," kongsinya.

Saya juga dengan bahasa kasarnya 'melantakkan' apa yang berlaku.

DATUK NORA ARIFFIN

PENYANYI

Dalam pada itu, Nora juga memberitahu dia memilih untuk mengabaikan sebarang komen negatif berkaitan dirinya di media sosial demi menjaga kesihatan mental.

Malah orang terdekat juga kerap menasihati dirinya untuk tidak mempedulikan kata-kata yang boleh menganggu fokus dan emosinya.

"Sedikit sebanyak menganggu, tapi orang sekeliling saya ambil berat dengan saya dan sentiasa nasihatkan saya untuk abaikan segala perkara yang berlaku.

"Saya juga dengan bahasa kasarnya 'melantakkan' apa yang berlaku dan tak kisah. Kita memang tak boleh puaskan hati orang terutama dalam media sosial ini, kalau dikutkan rentaknya nanti kita sendiri yang terkena tempiasnya.

2387177

Nora dan suami pilih jalan mengunci mulut.

"Biarlah saya anggap mereka tiada kerja... tulislah apa mereka nak tulis, nak buat macam mana kita tak boleh hentikan, janji saya tak kacau hidup orang dan tak buat jenayah, ujarnya.

Untuk rekod, pada 12 Ogos lalu, Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi rakaman video berdurasi 52 saat.

Penyanyi Desa Tercinta ini memaklumkan lafaz talak tersebut diucapkan bukanlah atas kehendak suaminya sebaliknya mengikut arahan seseorang.

Pasangan itu bagaimanapun dilaporkan kembali rujuk selepas sebulan bercerai.

Snapinsta.app_462920259_18463979449011626_3392235638775976794_n_1080

Nora gembira konsert bejalan seperti dirancang.

Malah pada awal Disember pula, kecoh dia dan anak-anak tiri saling berbalas kenyataan di media sosial.

Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan komposer Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata sebelum komposer itu meninggal dunia akibat serangan jantung pada 24 Mac 2017.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia